PERDA Sertai Perarakan Hari Kebangsaan Kali Ke-62 Peringkat Negeri Pulau Pinang

Profile

31 Ogos 2019, Butterworth

Sambutan Hari Kebangsaan ke-62 peringkat Negeri Pulau Pinang dimeriahkan dengan perarakan perbarisan 113 kontinjen membabitkan 6,500 peserta berbilang kaum di Dataran Pemuda Merdeka, Jalan Haji Ahmad Said, Butterworth.

Perarakan sejauh lima kilometer itu membabitkan 99 kontinjen berjalan kaki dan 14 kontinjen berkenderaan daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta, serta institusi pendidikan  meliputi sekolah dan institusi pendidikan tinggi.

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) turut menyertai program perarakan ini dengan kekuatan kontinjen seramai 45 orang anggota kerja. Kontinjen PERDA diketuai oleh Norhafizam Sirat.  

Antara tetamu kenamaan ialah Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Abdul Rahman Abbas bersama isteri,  Toh Puan Datuk Seri Utama Majimor Shariff serta Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan barisan EXCO kerajaan negeri.

Dato’ Rosman Hashim, Pengurus Besar PERDA turut hadir ke program ini bersama-sama dengan ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan yang turut terlibat di dalam perbarisan ini.

Terdahulu, ribuan rakyat di negeri ini mula membanjiri persekitaran Dataran Pemuda Merdeka di sini, bagi menyaksikan perarakan perbarisan seawal jam 6 pagi.

Pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan seperti nyanyian lagu patriotik oleh pasukan koir dan tarian berbilang kaum.


 

  

  

  

  

  

  

  

 

 

porn Porn