PERDA-TECH

Apakah syarat yang diperlukan untuk mengikuti kursus kemahiran di PERDA-TECH?

Secara amnya syarat yang diperlukan ialah lulus SPM/SPMV serta memenuhi syarat minimum berikut : Lulus Bahasa Melayu dan mendapat kepujian dalam salah satu subjek Matematik / Matematik Tambahan / Kimia / Biologi / Sains Tambahan / Subjek Teknikal / Sains / Vokasional.

 

Selain daripada kursus di peringkat sijil , adakah ditawarkan kursus di peringkat diploma dan ijazah?

PERDA-TECH hanya menawarkan kursus-kursus di peringkat sijil sahaja manakala bagi kursus di peringkat diploma ia dilaksanakan secara kerjasama dengan Terengganu Advanced Technical Institute University College (TATiUC) di Terengganu.

 

Bilakah pengambilan pelajar baru dilaksanakan?

        Pengambilan pelajar baru dilaksanakan pada bulan Julai setiap tahun.
 

Adakah kursus yang ditawarkan di PERDA-TECH mendapat pengiktirafan ?

Selain berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia, PERDA-TECH juga mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Pembangunan Sumber Manusia sebagai pusat bertauliah yang mengeluarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). PERDA-TECH juga dalam proses mendapatkan pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
 

Berapakah yuran pengajian yang dikenakan sepanjang tempoh pengajian di PERDA-TECH?

Tiada sebarang yuran pengajian dikenakan sepanjang tempoh pengajian bagi kursus peringkat sijil. Kos yuran pengajian akan ditanggung oleh pihak kerajaan termasuk memberi elaun sara hidup sebanyak RM250.00 sebulan. 

 

Adakah peluang mendapat pekerjaan lebih mudah selepas tamat pengajian?

Pelajar yang menamatkan pengajian di PERDA-TECH sentiasa mendapat permintaan yang tinggi daripada pihak industri untuk bekerja dengan mereka. 

 

Berapakah tempoh pengajian bagi kursus yang ditawarkan?

Tempoh pengajian ialah 21 bulan iaitu 4 semester pengajian. 

 

Apakah kemudahan-kemudahan yang disediakan selain daripada elaun sara hidup?

Pelajar-pelajar PERDA-TECH akan disediakan kemudahan penginapan di asrama, pakaian seragam bengkel, dewan kuliah yang selesa, makmal amali yang lengkap, perpustakaan, insuran dan kemudahan untuk beriadah.

 

porn Porn