PERDA4U – Mendekati Masyarakat Terpinggir

Profile08 Mac 2019, Sungai Duri, SPS

Mohamed Haniff Khatri Abdulla, Pengerusi PERDA menyatakan bahawa PERDA dalam proses untuk mengadakan dua program jangka pendek. Program pertama ialah “PERDA4U,” beliau berkata demikian kepada wartawan selepas merasmikan Majlis Penyerahan Modul Tuisyen UPSR MPDCA di Sekolah Rendah Sungai Duri, SPS baru-baru ini.

“PERDA4U merupakan program yang diwujudkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan mereka yang perlu dibantu untuk dinaik taraf sosio. Seperti golongan ibu tunggal, belia miskin dan pelajar-pelajar.”

“Kaedah pelaksanaan antaranya ialah menyediakan tempat penyediaan makanan berlebihan yang diperolehi daripada hotel dan restoran untuk diagihkan kepada golongan miskin.”

“Keutamaan pada bulan Ramadan, khususnya untuk golongan ini bersahur dan berbuka puasa,” ujar beliau lagi.

Haniff berkata, program ini akan dimulakan pada bulan April. PERDA juga akan memikirkan tenaga untuk memperolehi bahan-bahan ini. Beliau berharap pihak swasta iaitu korporat dan hospitaliti dapat menggunakan skim yang PERDA mulakan ini untuk menyalurkan lebihan makanan demi kebaikan taraf sosio semua warga negara.

Selain daripada pusat pengumpulan makanan atau Food Bank yang dinyatakan tadi, terdapat program lain di bawah PERDA4U iaitu usahawan mentor mentee. Ini bakal menjalinkan kerjasama dengan Zakat Pulau Pinang yang memberikan modal kepada asnaf untuk memulakan keusahawanan. Mereka akan dibantu oleh usahawan bimbingan PERDA yang berjaya untuk bertindak sebagai mentor.

PERDA juga akan mewujudkan pusat pengumpulan barangan dan keperluan asas harian. Ini akan membantu golongan miskin, ibu tunggal dan warga emas untuk mendapat keperluan asas harian secara percuma seperti lampin, sabun dan stok makanan asas.

Ini memerlukan PERDA mendapatkan kerjasama daripada pasaraya-pasaraya dan pihak korporat serta pihak swasta dan NGO yang ingin turut memainkan peranan dalam bidang sosio bersama PERDA untuk menyalurkan bantuan tersebut.

Selain itu program seperti latihan dan bimbingan juga akan diberikan kepada golongan ini dalam bentuk kursus, latihan kemahiran jangka pendek, motivasi dan pengurusan kewangan.

Tambah Haniff lagi, selain dari program pertama yang dinyatakan tadi, untuk program kedua ia akan diumumkan 31 Mac atau 1 April nanti.


 

porn Porn