PERDA4U Menyantuni Golongan Gelandangan di Bulan Ramadhan

Profile

18 dan 25 Mei 2019, Georgetown

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang ( PERDA ) melalui dua sesi program PERDA4U telah mengadakan Program Menyantuni Gelandangan di sekitar Masjid Jamek Kapitan Keling dan KOMTAR Pulau Pinang.

Program ini telah berlangsung sebanyak dua sesi iaitu pada 18 Mei 2019 yang turut dihadiri oleh Mohamed Haniff Khatri Abdulla, Pengerusi PERDA. Manakala pada 25 Mei 2019 ia dihadiri oleh Khaliq Mehtab Mohd Ishaq, Timbalan Pengerusi PERDA.  

Program ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada Hotel Royale Chulan dan The Light Hotel sebagai rakan kerjasama korporat strategik.

 

Selain menyampaikan sumbangan makanan, program ini juga bertujuan untuk mendekati golongan gelandangan dan mengenal pasti masalah-masalah yang menyebabkan mereka menjadi gelandangan.

 

Seramai 30 sukarelawan yang juga warga kerja PERDA telah membantu menjayakan program ini.

 


  

 

  

  

  

  

porn Porn