Program Mutiara Kasih Siri 2017

Profile21 - 23 April 2017, Hotel Taiping Perdana

Bahagian Pembangunan Insan, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah menganjurkan Program Mutiara Kasih 2017 pada 21 hingga 23 April 2017 yang lalu.

Seramai 70 orang peserta terdiri daripada 35 orang pelajar/anak dan 35 orang ibu bapa dari sekolah-sekolah rendah terpilih di kawasan Kepala Batas telah terlibat dengan program yang berlangsung di Hotel Taiping Perdana, Perak ini.

Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan ibu bapa dengan anak-anak mereka. Disamping itu, ianya bertujuan memupuk semangat kerjasama diantara anak-anak dan ibu bapa mereka.

Semua aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program ini telah dikendalikan oleh penceramah motivasi bebas dari kalangan guru-guru, pengetua sekolah dan professional. Encik Saadin Kadir, Pengurus Pembangunan Insan PERDA telah merasmikan program ini.


 

   

   

       

   

porn Porn