Program Pemerkasaan Kreativiti Belia Suntik Semangat Patriotisme

Profile05 - 07 Mei 2017, Sik, Kedah

Seramai 76 orang peserta telah menyertai Program Pemerkasaan Kreativiti Belia yang diadakan pada 5 Mei hingga 7 Mei lalu, bertempat di Bendang Man Motivation Camp, Sik, Kedah.

Program yang disertai oleh golongan belia dari Kolej Komuniti Kepala Batas, Giat Mara Bukit Bendera dan Giat Mara Bukit Gelugor itu bertujuan untuk melahirkan golongan pra-pelapis belia yang mempunyai semangat cinta akan agama, bangsa, raja dan negara.

Program ini dilaksanakan dengan menggunakan peruntukan daripada Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP), bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotik dan sahsiah diri melalui pengisian program yang merangkumi sejarah negara, kuliah agama, suntikan motivasi dan ujian ketahanan diri para belia. 

Beberapa aktiviti dijalankan sepanjang program ini untuk mencapai tujuan sebagaimana di atas iaitu sesi tarbiah, towering personality, ice breaking, eksplorasi dan patriotisme.


   

   

   

   

  

   

   

   

porn Porn