Program SAKTI Beri Peluang Kemahiran Kepada 60 Pelajar

Profile29 Mac 2017, PERDA-TECH

Sebanyak RM 600 ribu telah diperuntukkan oleh Jawatankuasa Focus Group Modal Insan (JKFG), Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang untuk membiayai 60 pelajar menjalani program Sukses Asas Kemahiran Teknikal (SAKTI) bertempat di PERDA-TECH, Nibong Tebal.

Program SAKTI ini menawarkan tiga kursus iaitu sijil kemahiran khas fabrikasi logam, kemahiran khas mekanik kenderaan dan kemahiran khas jahitan dan potongan baju.

Menurut pengerusi JKFG, Shariful Azhar Othman, program SAKTI adalah bertujuan untuk memberi peluang dari segi kemahiran kepada pelajar yang tidak mempunyai kelayakan akademik yang minima.

“Program SAKTI ini memberi peluang kepada mereka disamping dapat melahirkan lebih ramai tenaga mahir di kalangan belia bumiputera”, katanya lagi ketika membuat lawatan ke bengkel kimpalan, automotif dan senireka fesyen untuk meninjau pengurusan program yang dikendalikan di bawah program SAKTI ini.

Turut hadir bersama ke lawatan ini ialah ADUN Bayan Lepas, Nordin Ahmad yang merupakan Timbalan Pengerusi JKFG Modal Insan.


 

   

   

   

  

  

porn Porn