Program Stra8 A’s UPSR English Siri 1

Profile15 & 16 Mac 2019, Nibong Tebal, SPS

Program Stra8 A’s UPSR English Siri 1 telah berlangsung dengan jayanya selama dua hari di Dewan Utama, PERDA-TECH. Program ini adalah kerjasama antara PERDA dan juga Fasilitator dari Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP).

Sejumlah 100 orang perserta telah terlibat dalam program ini yang melibatkan 24 buah sekolah tajaan PERDA. Kriteria pemilihan peserta adalah dalam kategori sederhana bagi melatih dan memberi tunjuk ajar kepada peserta supaya berpotensi untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan UPSR 2019.

Sepanjang program berlangsung peserta telah didedahkan dengan banyak aktiviti berkumpulan, gameshow dan juga latih tubi melalui modul yang telah dibekalkan. Peserta juga didedahkan dengan pengucapan dalam Bahasa Inggeris di mana Bahasa Inggeris adalah antara bahasa antarabangsa dan bahasa utama dunia.

Selain daripada itu slot pengisian agama dan solat berjemaah juga telah diadakan yang dikendalikan pegawai agama PERDA.

Peserta telah memberikan komen positif terhadap program ini dan diharapkan akan diteruskan bagi tahun-tahun seterusnya.


 

porn Porn