Program Stra8 A’s UPSR Sains Siri 1

Profile12-14 April 2019, PERDA-TECH, Nibong Tebal,SPS

Program Stra8 A’s UPSR Sains Siri 1 telah berlangsung selama dua hari di Dewan Utama, PERDA- TECH, Program ini adalah kerjasama antara pihak PERDA dan juga fasilitator dari Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP).

Sejumlah 100 orang pelajar telah terlibat dalam Program Stra8 A’s UPSR Siri 1 ini yang melibatkan 24 buah sekolah tajaan PERDA. Kriteria pemilihan pelajar adalah dalam kategori sederhana bagi melatih dan memberi tunjuk ajar kepada mereka supaya berpotensi untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan UPSR 2019.

Fasilitator yang terlibat telah membahagikan pelajar kepada kumpulan yang lebih kecil supaya tumpuan dapat diberikan kepada topik yang penting dalam peperiksaan. Antara topik penting yang telah diajar ialah Konstruk Kertas 1 dan 2, Eksperimen dan KBAT dan Ujian Pra dan Post untuk keseluruhan pelajar.

Secara keseluruhannya para pelajar telah mendapat ilmu dan manfaat yang berguna dari program ini. Fasilitator yang terlibat telah berkongsi ilmu dan tips menjawab soalan yang lebih mudah untuk dipraktikkan oleh semua pelajar. 


 

  

  

 

porn Porn