PVISB Tawarkan 916 Unit Rumah Di Ara Kuda, SPU

Profile19 Ogos 2017, Tasek Gelugor

Perda Ventures Incorporated Sdn Bhd (PVISB), anak syarikat milik penuh PERDA telah melancarkan projek perumahan terbaru yang mula dibina di kawasan Ara Kuda, Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara. Projek Taman Desa Ara Permai fasa 1 ini merupakan sebuah projek pembangunan bercampur yang terdiri daripada 916 unit rumah termasuk 264 unit rumah kos rendah di atas tanah PERDA seluas 69 ekar.

Majlis pelancaran projek perumahan yang disempurnakan oleh Tan Sri Noh Haji Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan ini akan menawarkan harga mampu milik yang bermula dari RM219,500.00. Projek yang terletak di dalam kawasan yang strategik ini dijangka siap pada tahun 2020.

Konsep Rent to Own untuk kemudahan kepada pembeli yang gagal dapat pembiayaan daripada institusi kewangan

Di majlis yang sama, Tan Sri Noh juga telah menyampaikan kunci rumah program Rent to Own Taman Desa Ara, sebuah projek PVISB yang telah siap pada tahun lalu, kepada 14 orang penerima yang terpilih. Program ini merupakan Program Rumah Berkonsepkan Sewa Beli yang disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah yang tidak mampu mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan untuk membeli rumah. Program sebegini memberi seribu sinar kepada golongan ini yang telah sekian lama menunggu bagi memiliki kediaman sendiri.

Penerima kunci program Rent to Own telah melalui tapisan agar manfaat ini diperoleh oleh pemohon yang berkelayakan. Kaedah ini juga sebagai bukti jelas usaha-usaha kerajaan yang sentiasa komited dan menepati janji dalam memperjuangkan dan membela rakyat yang meliputi keseluruhan masyarakat tanpa mengira kaum dan fahaman politik.

Sebanyak 106 unit rumah disediakan khas untuk Program Rent to Own ini di mana penerima hanya perlu membayar RM290 sebulan kepada PERDA dan selepas 20 tahun, rumah tersebut akan menjadi milik mereka. Rumah-rumah ini telah siap sepenuhnya dan boleh diduduki pada bila-bila masa.

Dengan objektif penubuhan PVISB sebagai jentera pelaksana kepada PERDA dalam pelaksanaan projek-projek yang mempunyai nilai komersial, anak syarikat ini  dalam perancangan masa hadapan akan membina sebanyak 10,054 unit perumahan bercampur yang meliputi 6 buah projek termasuk Taman Desa Ara Permai ini.


 

    

  

    

porn Porn