RM686,000.00 Akan Dibelanja Untuk Menjayakan Program Tuisyen Cemerlang MPDCA UPSR Bagi 47 Buah Sekolah Tajaan PERDA

Profile08 Mac 2019, SK Sungai Duri, SPS

Sebanyak RM686,000.00 akan dibelanja untuk menjayakan Program Tuisyen Cemerlang UPSR. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM540,450.00 akan digunakan untuk membayar elaun pembimbing tuisyen yang merupakan guru-guru sekolah. Demikian dinyatakan oleh Mohamed Haniff Khatri Abdullah, Pengerusi PERDA ketika menyampaikan ucap utama di Majlis Penyerahan Modul Tuisyen UPSR MPDCA Tahun 2019 di Sekolah Kebangsaan Sungai Duri, Seberang Perai Selatan.

Tambah Haniff lagi, kos cetakan untuk membekalkan modul ini sahaja berjumlah RM145,129.60. Modul ini akan memberi manfaat kepada 3619 orang pelajar dari 47 buah sekolah rendah di bawah tajaan PERDA yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini.

Program Mutiara Didik Cemerlang Akademik merupakan program pendidikan bersepadu antara PERDA dan tiga agensi lain iaitu Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang dan Zakat Pulau Pinang.

Jumlah sekolah di bawah tajaan PERDA bagi program ini adalah berjumlah 71 buah sekolah iaitu 47 buah sekolah rendah dan 24 buah sekolah menengah. Jumlah ini meliputi keempat-empat daerah di dalam kawasan operasi PERDA iaitu Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang  Perai Selatan dan Daerah Barat Daya.

Program MPDCA di bawah PERDA yang dirancang untuk dilaksanakan pada tahun 2019 ialah Seminar Akademik UPSR & SPMmerangkumi program Straights A’sUPSRkhusus untuk subjek Matematik, Sains & dan Bahasa Inggeris. Program StraTG A SPMkhusus untuk subjek Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi.

Selain itu, PERDA juga menganjurkan Seminar Motivasi SMART (Seminar Motivasi Pelajar Terbilang) yang dikendalikan oleh guru-guru jurulatih utama penggubal soalan peperiksaan di bawah JPN menggunakan modul yang digubal dan dimurnikan mengikut format peperiksaan terkini.

Di majlis yang sama Haniff bersama Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Dr. Mahanom Mat Sam telah menyampaikan secara rasmi modul tersebut kepada 9 buah sekolah rendah tajaan PERDA di daerah Seberang Perai Selatan.

Sekolah Kebangsaan Sungai Duri pula menerima saguhati insentif dan sumbangan daripada PERDA berjumlah RM4000 kerana mencapai keputusan yang terbaik di kalangan sekolah-sekolah kebangsaan tajaan PERDA dalam UPSR tahun lalu dan untuk kegunaan membaiki peralatan sekolah yang rosak.

Haniff juga mengumumkan insentif khas iaitu baucer buku bernilai RM100 kepada pelajar yang berjaya memperolehi 6A manakala baucer buku bernilai RM50 untuk yang mendapat 5A1B. Beliau berharap pengumuman ini dapat memberi semangat kepada para pelajar untuk memperolehi keputusan yang cemerlang UPSR 2019.


 

   

   

   

 

porn Porn