Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Rasmi Pelancaran Jualan Taman Sungai Bakap Perdana Fasa 1

Profile20 April 2019, Sungai Bakap, Nibong Tebal, SPS

“Suka saya maklumkan di sini bahawa projek yang bakal dilancarkan sebentar  lagi iaitu Taman Sungai Bakap Perdana Fasa 1, mempunyai komposisi pembangunan bercampur yang terdiri daripada rumah kluster kos rendah dua tingkat sebanyak 72 unit dan rumah teres sederhana dua tingkat sebanyak 112 unit.” Demikian diumumkan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dato’ Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman ketika menyampaikan ucapan pelancaran di Karnval Taman Sungai Bakap Perdana baru- baru ini.

Tambah beliau lagi, bahawa PERDA telah melakukan tanggungjawab menyediakan perumahan mampu milik kepada penduduk di Pulau Pinang sejak dari tahun 1992 lagi.

Sehingga kini PERDA telah berjaya membangunkan  sebanyak 10,617 unit perumahan bercampur melalui 22 projek yang dibangunkan sendiri dan melalui 5 projek yang dilaksanakan secara usahasama. Daripada jumlah tersebut sebanyak 5,443 unit adalah rumah kos rendah dan kos terendah.

Taman Sungai Bakap Perdana Fasa 1 merupakan projek perumahan PERDA yang ke-23. Bagi rumah teres sederhana harga yang ditawarkan ialah bermula dari RM325,000.00 manakala rumah kluster kos rendah ialah sebanyak RM42,000.00 seunit.

Selain daripada rumah yang dibangunkan, pengisian lain di dalam projek ini ialah pembangunan kedai pejabat sebanyak 5 unit di bahagian hadapan taman ini, sebuah surau (1 tingkat) untuk kegunaan penduduk, dan sebuah dewan serba guna (1 tingkat).

Turut bersama di majlis pelancaran ini ialah Ahli Parlimen Nibong Tebal Dato’ Mansor Othman, Adun Sungai Bakap Dr. Amar Pritpal Abdullah, Pengerusi PERDA Mohamed Haniff Khatri Abdullah dan beberapa jemputan kenamaan yang lain.

Orang ramai yang berminat untuk memiliki rumah kediaman atau kedai pejabat di sini boleh berhubung ke Seksyen Pemasaran PERDA di talian 043141100 atau datang ke Pejabat PERDA di Buttterworth.


 

  

  

  

  

 

porn Porn