Tindakan Saman Mahkamah : PERDA VS Bekas Pengerusi & Yang Lain!!

Profile16 Februari 2019, PERDA

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :

1. Pada 28.01.2017 melalui Siri : 1655 'facebook' saya , dalam menggariskan antara LIMA (5) MISI dan VISI awalan PERDA, yang akan ditekankan dan cuba direalisasikan dalam tempoh TIGA (3) BULAN awal perkhidmatan, saya telah menulis di Perenggan 3 di sana :

"I. Kesemua salahlaku dalam tadbir urus yang menyebabkan kerugian hartanah mahupun dana PERDA oleh mana-mana pihak yang terbabit akan diambil tindakan perundangan yang ketat dan tegas, supaya kesemua ataupun sebahagian besar daripada hartanah dan dana PERDA dapat diperolehi semula untuk menjaga kepentingan hak kesemua warga sebenar PERDA, ... "
(Link Laporan : https://www.freemalaysiatoday.com/…/new-perda-boss-says-pr…/)

2. Kemudiannya pada 02.02.2018, THE MALAYSIAN INSIGHT bertajuk " PERDA ambil tindakan 4 kes salah laku pengurusan lama", yang telah dirujuk dalam Siri : 1661 'facebook' saya, telah menyatakan dalam Laporan itu di sana :

"EMPAT kes salah laku pengurusan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) akan diambil tindakan sebelum 15 Februari ini, termasuk melalui saman di mahkamah, kata pengerusinya yang baharu Haniff Khatri Abdulla."
(Link Laporan :
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/129946)

3. Seperti yang DIJANJIKAN itu, pada hari Jumaat 15.02.2019 saya telah mengadakan satu Sidang Akhbar di mana saya telah mengumumkan PELAKSANAAN JANJI itu tepat mendahului waktunya dengan mengesahkan bahawa TINDAKAN MAHKAMAH terhadap pihak-pihak pesalah laku dalam kehilangan kepentingan pada tanah ataupun dana PERDA, telahpun difailkan pada 13.02.2019 dan 14.02.2019, masing-masing, sepertimana yang diperjelaskan dalam Laporan FREEMALAYSIATODAY 15.02.2019 bertajuk "PERDA saman bekas pengerusi, ahli lembaga atas jualan tanah murah", yang mana adalah dimuat naik di Ruang Bawah.

TANPA GUNDAH - GANJARA !!!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!

(Sila lihat Siri : 1649, 1655 & 1661) - PERDA

https://www.freemalaysiatoday.com/…/perda-saman-bekas-peng…/


porn Porn