TVET kunci kepada kemajuan negara masa hadapan

Profile

27 September 2019, Butterworth

“TVET mempunyai peranan penting dalam usaha negara ini untuk menjadi sebuah negara maju yang setaraf dengan negara-negara maju yang lain. Tidak keterlaluan jika TVET dianggap sebagai kunci kepada kemajuan negara pada masa hadapan.” Demikian dinyatakan oleh Pengerusi PERDA, Mohamed Haniff Khatri Abdullah ketika menyampaikan ucap utama di Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman antara PERDA dan Industri yang berlangsung di Ibu Pejabat PERDA Butterworth.

Tambah beliau, kerajaan menekankan TVET kerana sedar permintaan dan keperluan industri kepada modal insan yang berkeupayaan untuk beriringan dengan peredaran teknologi yang begitu tinggi dan pantas.

“Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga menggalakkan lebih ramai pemain industri utama negara ini bergiat aktif dalam membangunkan modal insan dan menyokong dasar pelaksanaan TVET negara, terutamanya dalam membantu graduan-graduan TVET tempatan dengan mengiktiraf kemahiran yang mereka miliki dan seterusnya turut berkongsi kepakaran yang ada.”

“Kerjasama pihak industri dan institusi TVET yang kukuh amat signifikan dalam memastikan padanan antara penawaran dengan permintaan (demand and supply) dalam membantu institusi TVET tempatan menyediakan keperluan kursus-kursus berteras industri berteknologi tinggi berdasarkan kepada kehendak industri.”

“Ingin saya tekankan bahawa pembangunan modal insan amat kritikal bagi masa depan negara. Mudahan-mudahan kerjasama strategik hari ini dapat mengukur dan menilai situasi semasa industri di Malaysia, sekaligus mampu menambah baik hala tuju TVET dalam perancangan sumber dari segi knowledgemachineries and human capital development kepada semua pihak yang terlibat.”

Ujar Mohamed Haniff lagi, komitmen dan iltizam yang tinggi antara semua pihak yang berkepentingan berkaitan TVET dan sokongan pihak industri akan memastikan kejayaan agenda pemerkasaan TVET negara.

Di majlis ini sebanyak lima buah syarikat bersedia menjalinkan kerjasama dengan PERDA khususnya untuk pembangunan PERDA-TECH. Syarikat tersebut ialah PBA Resourses Sdn. Bhd. yang diwakili oleh pengarahnya Dato’ Ir. Jaseni Maidinsa, World Evolution Brain (M) Sdn. Bhd. diketuai pengarahnya Dato’ Jurey Latiff Mohd. Rosli. Selain itu, Norhisyam Mustap, Pengurus Sumber Manusia bagi pihak UMW Holdings Sdn. Bhd., Hasuna Muhammad Amin mewakili syarikat Toko Hudaya dan RWU Services Sdn. Bhd. diwakili pengurusnya Mohd Noor Mat Isa.

Pengurus Besar PERDA, Dato’ Rosman Hashim telah menandatangi persefahaman ini bagi pihak PERDA sambil disaksikan oleh Mohamed Haniff. 


  

  

  

  

  

porn Porn