Usahawan Terima Pembiayaan Modal Pusingan Dan Bantuan Insentif Pengeluaran Kraftangan

Profile05 Disember 2016, Ibu Pejabat PERDA

Sebanyak 11 syarikat menerima bantuan pembiayaan modal pusingan manakala 5 syarikat kraftangan menerima bantuan mesin dan peralatan sebagai insentif pengeluaran daripada Datuk Muhammad Farid Saad, Pengerusi Jawatankuasa Focus Group Pembangunan Usahawan dan Koperasi Bumiputera Pulau Pinang di satu majlis yang diadakan di Ibu Pejabat PERDA.

Menurut beliau, penyaluran peruntukan daripada Unit Perancang Ekonomi ini disalurkan kepada PERDA, FAMA, Bank Persatuan dan beberapa agensi yang lain bertujuan untuk memartabatkan golongan usahawan bumiputera di  Pulau Pinang.

Sehingga kini sebanyak 144 syarikat melibatkan RM14.47 juta telah dipilih untuk menerima pembiayaan Skim Modal Pusingan Perniagaan Usahawan (SMPPU).

Manakala bantuan mesin dan peralatan kepada 5 usahawan kraftangan meliputi bidang kraf batik, kraf logam dan kraf kayu.

Dengan bantuan mesin dan peralatan ini diharapkan usahawan kraftangan Pulau Pinang dapat mempertingkatkan mutu keluaran produk kraf setanding dengan negara serantau seperti Indonesia dan Thailand, ujar beliau lagi.

Turut bersama di majlis ini ialah Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Industri, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Ibrahim Ismail dan Pengurus Besar PERDA, Rosman Hashim.


 

     

     

 

porn Porn