Warga PERDA Berbuka Puasa Bersama Penghuni Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti Kepala Batas

Profile 

17 Mei 2019, Butterworth

Seramai 35 orang kanak-kanak penghuni Rumah Kanak-kanak Taman Bakti Kepala Batas telah dirai dan disantuni di majlis berbuka puasa anjuran PERDA di Ibu Pejabat PERDA Butterworth.

Kanak-kanak kurang bernasib baik itu telah menerima sumbangan sebanyak RM50 seorang yang disampaikan oleh Pengerusi PERDA, Mohamed Haniff Khatri Abdulla bersama dua Ahli Lembaga Pengarah PERDA iaitu Khalid Mehtab Mohd Ishaq (Adun Bertam) dan Marshidaliza Marzuki.

Di majlis yang sama, Mohamed Haniff juga menyampaikan sumbangan rasmi PERDA sebanyak RM2,000 kepada Ahmad Syukor Mohd Saad, Pengerusi Lembaga Pelawat  rumah perlindungan kanak-kanak tersebut.

Sebelum waktu berbuka puasa, kanak-kanak ini bersama dengan warga kerja PERDA berkesempatan mendengar ceramah motivasi yang disampaikan oleh Abu Bakar Shafie, guru dari Sekolah Kebangsaan Teluk Air Tawar. 

Hampir 160 orang warga kerja PERDA dan ahli keluarga turut bersama berbuka puasa di program ini. Antara yang hadir ialah Timbalan Pengurus Besar Pembangunan, Mohd Asri Baharum, Timbalan Pengurus Besar Pengurusan, Noor Hayati Ishak, dan sebahagian pengurus-pengurus bahagian PERDA.

 

 

  

  

  

  

porn Porn