Pelanjutan Tempoh - Moratorium, Pengecualian Bersasar Dan Pengecualian Serta-Merta; Insentif PERDA Selaras Dengan Pakej Pelindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH)

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 


PERDA selaku agensi kerajaan persekutuan sentiasa peka dan memahami kesulitan yang dihadapi oleh usahawan-usahawan dan penyewa-penyewa gerai/ premis/ tanah serta rumah PPRT PERDA yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ketiga, yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, berkuatkuasa 1 Jun 2021 hingga 6 Julai 2021 bagi Fasa Pertama; bermula pada 7 Julai 2021 negeri Pulau Pinang telah beranjak ke Fasa 2.


Klik untuk Mengisi Borang Permohonan
  • Image 1
  • Image 1
  • Image 1
  • Image 1
Pandemik gelombang baharu dan PKP 3.0 telah memberi kesan kepada kemerosotan prestasi perniagaan dan ekonomi negara akibat sekatan-sekatan yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam mengawal penularan virus Covid-19. Golongan yang terjejas ialah pengusaha, pembekal, pekerja, dan semua pihak yang terlibat di dalam rantaian aktiviti perniagaan ini. Impak akhirnya adalah kepada keluarga setiap individu yang terlibat.

Menyedari situasi semasa yang menghimpit golongan rakyat khususnya golongan sasar, PERDA dengan persetujuan YB Menteri Pembangunan Luar Bandar telah melanjutkan lagi tempoh pelan insentif sokongan morotarium, pengecualian bersasar dan pengecualian serta merta selama lima bulan lagi bermula Ogos hingga Disember 2021 seperti berikut :

1. Penangguhan dan penjadualan semula (moratorium) bayaran balik skim pinjaman PERDA. Tempoh penanggguhan bergantung kepada tarikh penyaluran pinjaman kepada peminjam. Insentif ini akan melibatkan seramai 175 peminjam dengan implikasi kewangan sebanyak RM 398,000.00.

2. Pengecualian bersasar bayaran sewaan premis perniagaan PERDA dengan bersyarat iaitu penyewa premis perlu membuktikan perniagaan terjejas dengan pengurangan pendapatan dan perlu mengemukakan permohonan pengecualian dengan menghubungi ibu pejabat PERDA. Insentif ini akan melibatkan seramai 368 penyewa premis dengan impliksi kewangan sebanyak RM 569,000.00.

3. Pengecualian bersasar bayaran sewaan tanah milik PERDA dengan bersyarat iaitu penyewa perlu membuktikan perniagaan terjejas dengan pengurangan pendapatan dan perlu mengemukakan permohonan pengecualian dengan menghubungi ibu pejabat PERDA. Insentif ini akan melibatkan seramai 54 penyewa tanah dengan implikasi kewangan sebanyak RM 121,900.00.

4. Pengecualian serta-merta sewaan rumah PPRT Tok Alang, Seberang Perai Utara yang melibatkan seramai 55 penyewa miskin dengan implikasi kewangan sebanyak RM 28,500.00.

Daripada keempat-empat insentif ini, dianggarkan seramai 652 penyewa/ peminjam akan menerima manfaat yang melibatkan jumlah keseluruhan implikasi kewangan sebanyak RM 1,117,400.00. Pelanjutan tempoh bagi insentif PERDA ini adalah kesinambungan dari pelan insentif yang telah saya umumkan pada bulan Jun lalu melibatkan tempoh tiga bulan (Mei hingga Julai).

#perda
#merealisasikanharapanrakyat
#kplb
#luarbandar
#lanjutanmoratorium
#Insentif


Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2021 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.