Mutiara PDCA

Program Mutiara PDCA adalah merupakan sebuah program kolaborasi antara beberapa agensi iaitu Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, Zakat Pulau Pinang dengan objektif dan agenda untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar-pelajar bumiputera di negeri Pulau Pinang.

Program ini telah bermula pada tahun 2006 dan telah dijenamakan sebagai Mutiara PDCA pada tahun 2012.

Komponen utama di bawah Mutiara PDCA ini adalah melibatkan tajaan program tuisyen serta program sokongan berbentuk seminar dan bengkel yang difokuskan kepada pelajar UPSR dan SPM.

Subjek-subjek yang diberi perhatian di bawah program MPDCA ini adalah subjek yang dikenalpasti ramai pelajar lemah iaitu Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi pelajar UPSR dan subjek Matematik, Bahasa Inggeris dan subjek-subjek sains tulin Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan bagi SPM.
 
Objektif Program
  • Meminimakan keciciran bagi subjek-subjek kritikal
  • Meningkatkan pencapaian pelajar ke tahap maksimum bagi subjek-subjek kritikal
 
Kumpulan Sasar
Pelajar-pelajar terpilih yang berada di sekolah-sekolah liputan PERDA.
 
Aktiviti-Aktiviti Mutiara PDCA
Pelajar SPM
  • Tuisyen Intensif SPM- Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Biologi, Kimia, Fizik & Metematik Tambahan
  • SMART SPM
  • SPOT ‘A’ SPM
  • StraTG A SPM - Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Biologi, Kimia, Fizik & Metematik Tambahan
  • Program Tutorial Harapan SPM - Bahasa Inggeris & Matematik
  • Program ‘BUAT APA LEPAS SPM’ (BALAS)
 
Pelajar UPSR
  • Tuisyen Cemerlang UPSR - Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik & Sains
  • SMART UPSR
  • SPOT ‘A’ UPSR
  • STRAIGHT A’S UPSR - Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik & Sains 

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2021 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.