PERDA sediakan rumah untuk disewa kepada golongan miskin di Kuala Sungai Pinang – Pengerusi PERDA

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

17 September 2020, Daerah Barat Daya

“Projek perumahan ini dibangunkan untuk menempatkan golongan miskin yang tidak memiliki rumah dari daerah Daerah Barat Daya. Mereka adalah dari kalangan peserta yang mempunyai pendapatan antara RM750 hingga RM1500,” kata Pengerusi PERDA, Khalid Mehtab Mohd Ishaq ketika mengadakan lawatan kerja ke tapak projek perumahan Program Pembangunan Sejahtera Rakyat (PPSR) di Kuala Sungai Pinang.

Tambah beliau lagi, mereka yang terpilih akan dikenakan sewa bulanan dan dipantau untuk tempoh tiga tahun.

“Kadar sewa yang akan dikenakan nanti adalah antara RM209 hingga RM260. Perbezaan kadar ini kerana ruang tanah untuk membangunkan setiap unit rumah di sini berbeza dari segi keluasan,” ujar beliau lagi.

Projek yang bermula pada tahun 2018 ini telah mencapai hampir 100 peratus siap dan dijangka akan memperolehi sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) dan Perakuan Penyiapan dan Pematuhan (CCC) pada bulan Oktober tahun ini.

PPSR Kuala Sungai Pinang menawarkan sebanyak 52 unit rumah berkembar setingkat. Dari segi pengisian ia dijangka akan bermula pada bulan November tahun ini secara berperingkat.

Di dalam lawatan kerja ini, Khaliq Mehtab telah diberikan penerangan oleh Pengurus Bahagian Pembangunan Insan PERDA, Mohd. Salleh Husain, Pegawai Perancang Bandar dan Desa PERDA, Zainab Puteh serta pihak konsultan projek.

GALERI GAMBAR

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.