Industri Kecil Sederhana (IKS)

Kilang Bimbingan dan Kilang Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

Kilang Bimbingan dan Kilang Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dibangunkan dengan matlamat untuk  mewujudkan aktiviti industri asas tani di satu kawasan yang lengkap serta selesa dan mengadakan ruang untuk pembesaran. 

Merupakan satu program pembangunan usahawan secara bersepadu dalam aspek : 

  1. Penyediaan Infranstruktur bangunan serta kemudahan yang lengkap;
  2. Pembangunan modal insan;
  3. Pembangunan produk; dan
  4. Pembangunan penjenamaan dan promosi.


Syarat Asas Permohonan Sewaan Kilang IKS

  1.  Syarikat menghasilkan produk makanan / minuman;
  2. Telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya dua (2) tahun;
  3. Syarikat Bumiputera dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
  4. Keutamaan diberikan kepada syarikat yang beroperasi di Negeri Pulau Pinang;
  5. Mempunyai kemampuan kewangan yang kukuh; dan
  6. Mempunyai rancangan perniagaan yang baik.

Tujuan penyediaan premis adalah untuk memberi peluang kepada usahawan bumiputera untuk meningkatkan pendapatan dan memajukan kawasan setempat.

Penyediaan premis adalah selaras dengan fungsi PERDA iaitu memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan perdagangan dalam kawasan PERDA.

Premis-premis tersebut disewa kepada golongan sasar dengan kadar sewaan minimum.


PERDA Food Park (PFP)


PERDA Food Park (PFP) di Kubang Menerong Tasek Gelugor merupakan satu inisiatif melalui PERDA untuk meningkatkan industri pemprosesan makanan berasaskan hasil pertanian di negeri Pulau Pinang. Sehingga kini, 28 unit bangunan kilang IKS di PFP yang telah dibangunkan oleh PERDA untuk disewakan di atas tapak berkeluasan 150 ekar.

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.