Perumahan

PERDA telah melaksanakan dua projek perumahan iaitu Taman Sungai Bakap Perdana Fasa I yang terletak di Seberang Perai Selatan dan Projek Perumahan Sejahtera Rakyat (PPSR) Kuala Sungai Pinang yang terletak di Daerah Barat Daya.

Projek Perumahan Taman Sungai Bakap Perdana Fasa I adalah terdiri daripada Rumah Teres 2 Tingkat yang mempunyai empat (4) bilik tidur dan tiga (3) bilik air. Ianya berada pada kedudukan 5.213447 (Latitude) dan 100.501477 (Longitude) dan berstatus Hakmilik Kekal. Keluasannya adalah seperti berikut :-

  • Keluasan Lot            : 20'x72'
  • Keluasan Bangunan : 20'x45'


Pemajuan Perumahan Taman Sungai Bakap Perdana Fasa I telah siap sepenuhnya dan memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan pada 26 Januari 2021. Kesemua unit telah dijual. 


Pemajuan Fasa II dan III akan dimulakan pada Oktober 2023. Pada masa kini, jualan untuk Fasa ini masih belum dibuka.


Pertanyaan lanjut berkaitan perumahan, sila hubungi :-

     UNIT PEMASARAN HARTANAH

  • En. Saiful Rizi       
  • En. Muhammad Miqdad
  • Pn. Nora            
  • Pn. Hanida        
  • 04-3141 291
  • 04-3141 293 
  • 04-3141 296
  • 04-3141 290

 

Projek Perumahan Sejahtera Rakyat (PPSR) Kuala Sungai Pinang terletak di Daerah Barat Daya. Ianya terdiri daripada :-

Rumah Berkembar Jenis A
  • Bil Unit              : 46 unit 
  • Saiz Bangunan   : 22’ x 30’ (660 kp / 61.32 mp)
Rumah Berkembar Jenis B
  • Bil Unit              : 6 unit 
  • Saiz Bangunan   : 22’ x 30’ (660 kp / 61.32 mp)
Pengisian PPSR diuruskan oleh Bahagian Pembangunan Insan

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.