Usahawan

Pembangunan Usahawan

Program Pembangunan Usahawan Mikro
  • Aktiviti Pembangunan Usahawan Mikro yang dilaksanakan PERDA merupakan program sokongan yang menyeluruh dengan tujuan membantu memperkukuhkan syarikat menerusi aktiviti jaringan perniagaan, promosi, pemasaran dan bantuan geran iaitu Geran Pembangunan Ekonomi PERDA (GPEP).
  
Program Pembangunan Usahawan Menengah
  • Aktiviti Pembangunan Usahawan Menengah pula memfokuskan aktiviti peningkatan jualan dan mutu perniagaan daripada usahawan mikro kepada usahawan kelas pertengahan. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah seminar keusahawanan, bantuan naik taraf premis perniagaan, bantuan pensijilan kualiti perniagaan serta promosi pengiklanan di media massa.
 
Projek Warisan Pandai Besi Pekan Darat
  • Perusahaan pertukangan Pandai Besi Pekan Darat adalah perusahaan warisan orang-orang Melayu semenjak 1821. PERDA telah membangunkan tapak bengkel seluas 1.188 ekar untuk menaiktaraf bengkel tersebut. PERDA juga telah melengkapkan perolehan mesin, pembangunan insan dan promosi produk Pandai Besi Pekan Darat selain dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat terutama di kalangan golongan muda.
 
Mentor Mentee Usahawan PERDA4U
  • Program mentor-mentee usahawan PERDA4U merupakan satu program tanggung jawab sosial PERDA dalam melahirkan usahawan-usahawan baru yang cekap dan terlatih dari kalangan komuniti rakyat termiskin / golongan asnaf. Program ini dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi komuniti rakyat termiskin / golongan asnaf melalui penyediaan platform dalam sektor perniagaan yang berdaya saing. Sektor perniagaan yang dipilih adalah pembuatan produk jahitan pakaian, pembuatan produk kraftangan hasilan kayu, pembaikan kasut dan pembaikan telefon pintar.

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.