PERUTUSAN PENGURUS BESAR

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.
 
Menjadi satu kemestian kepada mana-mana jabatan dan agensi kerajaan untuk menguar-uarkan segala program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh mereka kepada orang awam. Ia sebagai pemberitahuan kepada mereka apakah program dan aktiviti yang dilaksanakan setiap jabatan itu yang boleh memberi manfaat dan mensejahterakan kehidupan mereka.
 
PERDA sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar sudah tentu tidak dapat lari dari melaksanakan Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) yang ditetapkan oleh kementerian. Ia merangkumi pembangunan fizikal dan pembangunan modal insan.
 
Melalui portal rasmi ini, orang awam di dalam kawasan operasi PERDA akan dapat mengetahui apakah peranan serta program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh PERDA sejajar dengan DPLB kementerian.
 
Sehubungan itu, diharapkan portal ini dapat menyalurkan maklumat yang berkaitan dengan kepentingan orang awam khususnya golongan sasar.
 
Sebagai ketua pengurusan agensi ini, saya juga mengharapkan maklum balas serta cadangan ke arah memantapkan lagi perkhidmatan PERDA demi kesejahteraan  orang ramai. Ia boleh disalurkan melalui portal ini.
  
“Luar Bandar Sejahtera”
 “Merealisasikan Harapan Rakyat”
  
Dato' Rosman Hashim
Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2021 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.