Program Transformasi Minda KPLB Tahun 2021

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

22 - 25 Mac 2021, Kuala Lumpur

Tanggal 22 hingga 25 Mac 2021 yang lalu, Bahagian Khidmat Pengurusan, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah menganjurkan Program Transformasi Minda bertempat di Bilik Komputer, Tingkat 3, Ibu Pejabat PERDA.

Program ini telah dianjurkan secara virtual melalui aplikasi Zoom. Seramai 11 orang peserta dan 3 orang pegawai penyelia dari PERDA telah menghadiri program tersebut.

Objektif penganjuran program ini bertujuan untuk:
i) Memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam.
ii) Memberi pendedahan mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah pembentukan Negara, sistem pentadbiran kerajaan serta peraturan-peraturan asas perkhidmatan Negara.
iii) Memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotism pegawai.
iv) Menerapkan nilai budaya kerja cemerlang dalam memberikan penyampaian perkhidmatan dengan cekap serta berkesan; dan
v) Memenuhi syarat pengesahan dalam perkhidmatan.
GALERI GAMBAR

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2021 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas