Soalan Lazim (FAQ)

Perumahan
Bagaimanakah cara untuk memohon rumah kos rendah PERDA?
Semua jenis rumah kos rendah mestilah dipohon dengan mengisi Borang PN1 yang boleh diperolehi di Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, KOMTAR. Lengkapkan borang berkenaan dan kembalikan semula ke Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri.

Apakah kriteria pemilihan calon untuk rumah kos rendah oleh Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang?
Bagi setiap permohonan untuk mendapatkan satu unit rumah kos rendah, pemilihan akan dibuat berdasarkan kriteria-kriteria pemilihan melalui sistem berkomputer. Di antara kriteria-kriteria tersebut adalah tempat lahir, pendapatan RM2500 kebawah, jumlah tanggungan, lama mendaftar, tempoh bermastautin di Pulau Pinang, bekas perajurit, taraf kediaman sekarang, sebab-sebab memerlukan tempat tinggal dan pekerjaan.

Bolehkah seseorang individu memiliki lebih dari seunit rumah kos rendah?
 
Tidak Boleh.  

Bagaimanakah cara untuk memohon rumah kos sederhana dan kedai pejabat PERDA?
Rumah kos sederhana dan kedai pejabat PERDA boleh dipohon dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati di pejabat PERDA atau muat turun di www.perda.gov.my.

Di manakah borang permohonan rumah kos sederhana dan kedai pejabat PERDA perlu dihantar?
Semua borang tersebut hendaklah dihantar sendiri atau diposkan kepada :-
Seksyen Pemasaran Hartanah, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang,
No. 1, Lorong Kampung Gajah 2, Jalan Kampung Gajah, 12200 Butterworth.

Bagaimanakah sekiranya saya gagal memperolehi rumah kos rendah yang dibangunkan oleh PERDA?
Pihak yang gagal memperolehi rumah kos rendah Lembaga ini tetapi masih berminat untuk memilikinya masih boleh mengemukakan rayuan. Sebarang surat-menyurat berkaitan rayuan hendaklah dikemukakan ke Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Pertimbangan oleh Bahagian Perumahan adalah tertakluk kepada kekosongan.
Premis Perniagaan dan IKS
PERDA-TECH
Pembangunan Pendidikan
Pembangunan Sosial
Pembangunan Kesejahteraan Rakyat
Pembangunan Usahawan
Pembangunan Kerjaya
Perkhidmatan
Kewangan

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.