Soalan Lazim (FAQ) PERDA PKP 3.0

LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG (PERDA)
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 3.0
PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) FASA 2

  

Adakah PERDA beroperasi seperti biasa?

Ya, sebagaimana yang diumumkan oleh YB Menteri Kanan (Keselamatan) pada  5 Julai 2021, Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu yang beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa pada 7 Julai 2021. Oleh yang demikian, Pejabat  Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah kembali beroperasi seperti biasa .

Namun, pengoperasian pejabat PERDA dilaksanakan dengan mematuhi SOP Fasa 2 secara hibrid iaitu kehadiran tidak melebihi 40 peratus di pejabat dan 60 peratus bekerja dari rumah secara penggiliran.

 

Bolehkah pelanggan atau orang awam yang ingin berurusan dengan PERDA hadir ke pejabat?

Dalam situasi Covid-19 mencatatkan kes yang tinggi kini, adalah dinasihatkan para pelanggan dan orang awam yang mempunyai urusan dengan PERDA untuk tidak hadir secara fizikal ke pejabat. Mereka digalakkan untuk menggunakan kaedah-kaedah seperti berikut:

  1. Menggunakan kaedah secara talian seperti telefon, emel, pentadbir media sosial PERDA untuk berhubungan dengan mana-mana pegawai,
  2. Namun sekiranya perlu bersemuka dengan pegawai terbabit, sila tetapkan temu janji terlebih dahulu,
  • Sekiranya perlu hadir untuk melakukan penyerahan dokumen dan barangan atau menandatangani dokumen, ianya hendaklah dilakukan di kaunter khidmat pelanggan di bahagian lobi pejabat. (memakai pelitup muka, Imbas suhu dan aplikasi MySejahtera adalah wajib)

Orang awam atau pelanggan dinasihati menghubungi dahulu PERDA Call Center di talian 04- 3141100.

 

Adakah Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) di Nibong Tebal ditutup?

Ya, selaras SOP Am Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) semua Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Institut Latihan Kemahiran, Pusat Tahfiz dan institusi-institusi pendidikan yang lain hendaklah ditutup bermula 12 Mei 2021 hingga ke satu yang akan diumumkan kemudian. Penutupan ini termasuk PERDA-TECH dan hanya bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara bersemuka. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian berjalan mengikut jadual kursus.

Bagi urusan pentadbiran di PERDA-TECH, masih terdapat anggota kerja PERDA yang bertugas sebagaimana dasar 40 peratus bertugas di pejabat dan 60 bekerja di rumah secara penggiliran dilaksanakan di institusi ini.

Orang awam yang mempunyai urusan atau pertanyaan berkaitan PERDA-TECH boleh menghubungi PERDA-TECH Call Center di talian 04-5991100.

 

Bagaimana dengan keadaan gerai, premis perniagaan dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) milik PERDA, adakah ditutup?

Selaras SOP Am Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), semua penyewa premis PERDA seperti gerai, kedai pejabat dan IKS bagi kategori non essential services dan tidak mendapat kelulusan  diminta menutup premis perniagaan mereka.

Bagi perniagaan makanan serta essential services lain yang mendapat kelulusan kementerian dan agensi berkaitan dibenarkan beroperasi di premis PERDA.

Perkhidmatan makanan dan minuman boleh beroperasi dari pukul 6.00 pagi sehingga 10.00 malam, terhad kepada operasi perniagaan secara pembungkusan, pandu lalu dan  penghantaran sahaja.

Selain dari sektor makanan dan minuman, sektor perniagaan yang mendapat kelulusan waktu operasi adalah bermula 8.00 pagi hingga 8.00 malam.

Semua penyewa premis PERDA yang mendapat kelulusan beroperasi hendaklah memastikan jumlah kapasiti pekerja tidak melebihi 80 peratus dari jumlah pekerja berdaftar (sila rujuk SOP Perkhidmatan Perlu mengikut Sektor).

Penyewa premis yang dibenarkan beroperasi wajib memastikan semua SOP Fasa 2 PPN seperti pemakaian pelitup muka, buku daftar kehadiran ke premis, aplikasi Mysejahtera, pengimbas suhu dan keperluan-keperluan lain dipatuhi.

 

Bagaimana dengan jualan projek perumahan PERDA?

Kepada bakal pembeli yang berminat dan bercadang untuk membeli projek perumahan yang dibangunkan oleh PERDA disarankan untuk berhubung langsung secara dalam talian kepada pegawai-pegawai di Seksyen Pemasaran Hartanah, melalui alamat e-mail pegawai yang terdapat di Laman Web Rasmi PERDA iaitu www.perda.gov.my atau menggunakan aplikasi WhatsApp dan Messenger pada Facebook Rasmi Taman Sungai Bakap Perdana. 

Bagi jualan projek perumahan PERDA Ventures Incorporated Sdn. Bhd. (PVI) boleh berhubung di talian 04-5737988 atau di Facebook Rasmi PERDA Ventures Incorporated Sdn. Bhd. 

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini juga, rumah contoh/galeri pameran bagi projek perumahan PERDA dan PERDA Ventures Incorporated Sdn Bhd. tidak dibuka untuk dilawati. 

 

Apakah dewan-dewan milik PERDA masih menjalankan aktiviti sosial masyarakat setempat seperti kenduri kendara, mesyuarat komuniti, pameran, ceramah dan sebagainya? 

Semua dewan milik PERDA dan PERDA Ventures Incorporated Sdn. Bhd. adalah ditutup dan tidak dibenarkan untuk kegunaan tujuan-tujuan di atas. 

 

Apakah ada pemberian insentif yang ditawarkan oleh pihak PERDA kepada usahawan, penyewa-penyewa premis perniagaan, tanah dan rumah PPRT PERDA seperti mana Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 dan 2.0 dahulu? 

Ya ada. PERDA dengan persetujuan YB Menteri Pembangunan Luar Bandar telah melanjutkan lagi tempoh insentif sokongan selama 5 bulan bermula Ogos hingga Disember 2021 di bawah Pelan Pemulihan Negara seperti berikut : 

  1. Penangguhan dan penjadualan semula (moratorium) bayaran balik skim pinjaman PERDA. Insentif ini akan melibatkan seramai 175 peminjam. 
  1. Pengecualian bersasar bayaran sewaan premis perniagaan PERDA dengan bersyarat iaitu penyewa premis perlu membuktikan perniagaan terjejas dengan pengurangan pendapatan dan perlu mengemukakan permohonan pengecualian kepada PERDA. Insentif ini akan melibatkan seramai 368 penyewa premis. 
  1. Pengecualian bersasar bayaran sewaan tanah milik PERDA dengan bersyarat iaitu penyewa perlu membuktikan perniagaan terjejas dengan pengurangan pendapatan dan perlu mengemukakan permohonan pengecualian kepada PERDA. Insentif ini akan melibatkan seramai 54 penyewa tanah. 
  1. Pengecualian serta-merta sewaan rumah PPRT Tok Alang, Seberang Perai Utara yang melibatkan seramai 55 penyewa miskin. 

Muat Turun Soalan Lazim (FAQ) PERDA PKP 3.0 


Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2021 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.