Taklimat Pendedahan Norma Baharu Penjawat Awam

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

09 September 2020, Butterworth

Bahagian Khidmat Pengurusan PERDA telah mengadakan Taklimat Pendedahan Norma Baharu Penjawat Awam bertempat di Dewan Mutiara Wawasan, Ibu Pejabat PERDA, Butterworth, Seberang Perai Utara.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Nazrul Fazami bin Mohamad, Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Negeri Pulau Pinang. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi maklumat dan kefahaman mengenai norma – norma baharu yang perlu diamalkan oleh seluruh rakyat Malaysia.  Selain itu ia dapat memberikan pendedahan berkaitan kepentingan untuk mengikuti SOP yang telah ditetapkan bagi mengekang penularan pandemik Covid 19 dalam kalangan masyarakat. Taklimat ini telah dihadiri seramai 85 warga kerja PERDA.

GALERI GAMBAR

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.