Workcamp Projek Naiktaraf Kemudahan Fasiliti di PERDA-TECH

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

18 - 20 Mac 2021, Cameron Highlands

Pada 18 hingga 20 Mac 2021 yang lalu, Bahagian Hartanah dan Teknikal, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang telah menganjurkan Workcamp Projek Naiktaraf Kemudahan Fasiliti di Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) bertempat di Avillion Hotel, Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur.

Seramai 30 orang peserta dari PERDA dan perunding hartanah dari pelbagai syarikat telah menghadiri workcamp tersebut. Objektif penganjuran workcamp ini bertujuan untuk menaiktaraf dewan utama serta meningkatkan ruang pejabat sedia ada dan menempatkan kakitangan secara centralised di Pejabat Pengurusan & Hal Ehwal Pelajar PERDA-TECH.

Workcamp ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohd Asri bin Baharum, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) PERDA.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2021

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.