Lokasi di MPC Kepala Batas Pulau Pinang
Bahagian Pembangunan Ekonomi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah menganjurkan Seminar Peluang Pemasaran pada 25 Februari 2010 bertempat di MPC Kepala Batas yang lalu.
Seminar ini bertujuan memberi pendedahan kepada para usahawan bumiputera mengenai kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memasarkan produk dan barangan mereka ke peringkat yang lebih luas.
PERDA telah menjemput 2 orang penceramah iaitu Y.Bhg. Dato’ Moehamad Izat Emir, Presiden PERDASAMA dan Encik Norman Rajen bin Abdullah, wakil daripada Mydin Wholesale Sdn. Bhd.
Seminar ini telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Haji Azhar bin Ibrahim, Pengerusi PERDA. Turut hadir di majlis ini ialah Y.Bhg. Datuk Azmi bin Lateh, Pengurus Besar PERDA.


































