Lokasi di Homestay Mengkuang Titi
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dengan kerjasama KTMB dan RM Travel & Tours Sdn. Bhd. telah mengadakan Program FAM Trip Fam Homestay Mengkuang Titi pada 15 April 2010 hingga 18 April 2010.
Program keluarga angkat ini telah disertai oleh 60 orang peserta yang terdiri daripada para media cetak dan elektronik, agensi-agensi pelancongan, persatuan-persatuan pemandu pelancong dan pihak yang berkaitan untuk menjayakan program ini bagi tujuan promosi.
Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan semasa program itu berlangsung ialah permainan tradisional dan persembahan kebudayaan. Selain itu mereka juga dibawa melawat sekitar Kampung Mengkuang Titi dan melihat sendiri aktiviti SDSI di kampung tersebut iaitu perusahaan bahulu. Disamping itu mereka juga berpeluang mempelajari cara-cara menganyam tikar mengkuang.
Program ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Datuk Azmi bin Lateh, Pengurus Besar PERDA.




































