TUKAR WARNA
  • Default color
  • Brown color
  • Green color
  • Blue color
  • Red color
TUKAR PAPARAN
  • leftlayout
  • rightlayout
TUKAR SAIZ FON
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Panel W3C

Laman Web Rasmi PERDA

Perkhidmatan

Print

     1.     Bagaimanakah untuk memohon jawatan dalam PERDA?

Permohonan untuk memasuki perkhidmatan awam di PERDA hendaklah dibuat dengan mengisi borang PERDA AM 1. Borang tersebut boleh dimuat turun di www.perda.gov.my.

 

      2.   Saya telah memohon jawatan di PERDA. Bilakah saya akan dipanggil temuduga?

Semua permohonan yang telah memohon jawatan di PERDA akan dipanggil temuduga sekiranya:

a. Menggunakan borang PERDA AM 1.
b. Memenuhi syarat skim perkhidmatan yang dipohon dan
c. Melepasi tapisan asas yang ditetapkan.

 

      3.    Di manakah perlu menghantar Borang PERDA AM 1?

Semua borang PERDA AM 1 hendaklah diposkan terus kepada:

Pengurus Besar
Lembaga kemajuan Wilayah Pulau Pinang.
No.1 Lorong kampong Gajah 2,
Jalan Kampung Gajah
12200 Butterworth.

 

      4.    Bilakah iklan jawatan kosong disiarkan?

Iklan jawatan kosong hanya akan disiarkan melalui laman web PERDA,atau surat edaran pejabat-pejabat kerajaan negeri Pulau Pinang atau melalui sekurang-kurangnya satu iklan disurat khabar edisi Bahasa Melayu. Permohonan hanya boleh dibuat sekiranya terdapat kekosongan jawatan di PERDA.

 

      5.    Perlukah saya menghantar biodata /maklumat peribadi (resume) untuk memohon jawatan di PERDA?

Pemohon dikehendaki menghantar bersama-sama borang PERDA AM 1, salinan sijil –sijil yang telah diakui sah. Dokumen sijil yang asal hendaklah dibawa bersama-sama semasa hari temuduga.

 

       6.   Mengapa pegawai sedang berkhidmat perlu memohon melalui Ketua Jabatan?

Syarat mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan yang dikenakan kepada pegawai sedang berkhidmat ada dinyatakan dalam perintah Am 17(P.U(A) 176/2005). Tujuan ialah supaya ketua jabatan dapat menyatakan pendirian mereka sama ada menyokong atau tidak menyokong permohonan pegawai berkenaan dan menyediakan dokumen yang diperlukan seperti Laporan Penilaian Prestasi serta Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini sekiranya pegawai berjaya dipanggil temuduga.

 

        7.  Adakah semua Institusi Pengajian Tinggi di iktiraf?

Tidak semua pusat pengajian tinggi (ITP) terutamanya IPTS samada di dalam atau di luar Negara. Oleh itu, mereka yang ingin berkhidmat dengan perkhidmatan Awam di PERDA perlu memastikan IPT atau kelayakan yang mereka perolehi dan IPT berkenaan telah diiktiraf oleh kerajaan. Semakan boleh dibuat dengan Jabatan berkenaan.

 

        8.  Bagaimanakah untuk mengetahui keputusan temuduga itu berjaya atau gagal?

Semua keputusan temuduga berjaya atau gagal, akan dimaklumkan kepada anda melalui pos. Anda juga boleh menyemaknya melalui laman web PERDA.

 

        9.  Bolehkah saya memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk yang lebih rendah?

Boleh, dengan syarat kelayakan yang anda miliki itu tidak melebihi satu peringkat lebih tinggi dari kelayakan yang ditetapkan untuk jawatan yang dipohon dan pemohon mempunyai kelayakan diperingkat berkenaan.

Contoh: Jika anda mempunyai kelayakan Diploma/STPM, anda boleh memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk SPM. Demikian juga jika pemohon yang memiliki kelayakan ijazah sarjana muda di peringkat ijazah kepujian /am boleh memohon jawatan yang mensyaratkan kelulusan di peringkat Diploma/STPM dengan syarat pemohon mempunyai kelayakan di peringkat Diploma/STPM. Walaubagaiman pun, kelayakan di peringkat matrikulasi tidak dinilai setaraf dengan kelayakan Diploma/STPM.

 

      10.  Apakah keistimewaan pemohon dari kalangan pekerja sangkut, pegawai sementara, sambilan atau pegawai kontrak?

Tiada sebarang keistimewaan diberikan kepada pekerja sangkut, pegawai sambilan, pegawai sementara dan pegawai kontrak. Pertimbangan pemilihan mereka tertakluk kepada prosedur dan peraturan yang sama seperti yang dikenakan kepada pemohon lantikan terus. Ini bermakna mereka tidak dilantik tetap secara automatik walaupun terdapat kekosongan jawatan yang mereka pohon.

 

      11.  Adakah pengalaman bekerja di sektor swasta diambil kira?

Tidak diambilkira. Namun demikian pengalaman tersebut dapat membantu calon agar lebih beryakinan.

 

      12.  Adakah berlaku diskriminasi di antara pelajar IPTA/IPTS?

Semua pemilihan calon akan dinilai secara adil/sama rata tidak kira sama ada calon dari IPTA/IPTS.

 

 

 

Visitor Statistic

2827317
Hari IniHari Ini379
SemalamSemalam2525
Minggu IniMinggu Ini8808
Bulan IniBulan Ini42894
KeseluruhanKeseluruhan2827317
IP Anda54Dot205Dot166Dot220

Popular Items

  1. Northern Seberang Perai (102550 telah dilihat)
  2. Southern Seberang Perai (80712 telah dilihat)
  3. Housing (78718 telah dilihat)
  4. Borang (67046 telah dilihat)
  5. Staff Directory (54137 telah dilihat)

Contact Us

Penang Regional Development Authority (PERDA)
No. 1 , Lorong Kampung Gajah 2,
Jalan Kampung Gajah,
12200 Butterworth, Pulau Pinang
Tel: +604-314 1100 |  Fax: +604-310 3178
E-mail : webmaster@perda.icu.gov.my

View Staff Directory

Achievement