TUKAR WARNA
  • Default color
  • Brown color
  • Green color
  • Blue color
  • Red color
TUKAR PAPARAN
  • leftlayout
  • rightlayout
TUKAR SAIZ FON
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Panel W3C

Laman Web Rasmi PERDA

Pembangunan Usahawan

Print

       1.   Apakah bentuk bantuan yang dapat dihulurkan PERDA kepada usahawan-usahawan bumiputera Pulau Pinang?

Terdapat beberapa usaha PERDA bagi membantu para usahawan bumiputera Pulau Pinang mampu berdaya saing dalam perniagaan. Ini bagi memastikan usahawan-usahawan dapat bersaing dalam dunia perniagaan yang semakin mencabar dewasa ini. Antara bantuan-bantuan yang dapat dipertimbangkan untuk diberi kepada para usahawan adalah seperti berikut:

a) Bantuan pembungkusan kepada para usahawan yang layak
b) Kursus-kursus keusahawanan
c) Program-program promosi / pemasaran produk anjuran PERDA
d) Khidmat nasihat

 

        2.  Bagaimanakah cara untuk mendaftar sebagai usahawan PERDA?

Para usahawan yang ingin mendaftar untuk menjadi usahawan PERDA mestilah mengikuti sekurang-kurangnya satu program kursus yang dianjurkan oleh PERDA.

Untuk makluman, siri-siri kursus keusahawanan boleh diikuti sepanjang tahun. Sila klik disini untuk muat turun Jadual Kursus dan Borang bagi menyertai kursus-kursus tersebut.

Borang boleh dihantarkan melalui pos ataupun email kepada This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .

 

        3.  Apakah kelayakan yang diperlukan untuk memohon bantuan packaging (pembungkusan & pelabelan)?

Bagi usahawan-usahawan yang telah mengikuti program-program/kursus-kursus keusahawanan anjuran PERDA dan telah mendaftar menjadi usahawan PERDA, usahawan-usahawan terbabit adalah berkelayakan untuk dipertimbangkan permohonan bagi mendapat bantuan pembungkusan dan pelabelan. Walaubagaimanapun, selain akan dinilai oleh jawatankuasa yang terbabit, kelayakan ini tertakluk kepada beberapa perkara di bawah;

- Mengeluarkan produk sendiri
- Mendaftar syarikat
- Bekerja sepenuh masa
- Beroperasi di Pulau Pinang

Untuk makluman, PERDA bekerjasama dengan pihak SIRIM dan MARDI untuk program pembungkusan bagi memastikan kualiti dan produk serta pembungkusan itu sendiri.

 

     4.   Adakah usahawan-usahawan yang menjalankan operasi di luar Pulau Pinang dapat mendaftar sebagai usahawan PERDA sekaligus mengikuti program-program pembangunan usahawan PERDA?

Buat masa sekarang, PERDA hanya dapat membantu para usahawan yang menjalankan operasi di dalam kawasan negeri Pulau Pinang sahaja.

 

 

Visitor Statistic

5020613
Hari IniHari Ini459
SemalamSemalam2821
Minggu IniMinggu Ini6003
Bulan IniBulan Ini459
KeseluruhanKeseluruhan5020613
IP Anda54Dot162Dot201Dot190

Popular Items

  1. Northern Seberang Perai (182464 telah dilihat)
  2. Southern Seberang Perai (145916 telah dilihat)
  3. Housing (138197 telah dilihat)
  4. Borang (109010 telah dilihat)
  5. Direktori Pegawai (93406 telah dilihat)

Contact Us

Penang Regional Development Authority (PERDA)
No. 1 , Lorong Kampung Gajah 2,
Jalan Kampung Gajah,
12200 Butterworth, Pulau Pinang
Tel: +604-314 1100 |  Fax: +604-310 3178
E-mail : webmaster@perda.icu.gov.my

View Staff Directory

Achievement