TUKAR WARNA
  • Default color
  • Brown color
  • Green color
  • Blue color
  • Red color
TUKAR PAPARAN
  • leftlayout
  • rightlayout
TUKAR SAIZ FON
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Panel W3C

Laman Web Rasmi PERDA

Perumahan

Print

    1.    Bagaimanakah cara untuk memohon rumah kos rendah PERDA?

Semua jenis rumah kos rendah mestilah dipohon dengan mengisi Borang PN1 yang boleh diperolehi di Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, KOMTAR. Lengkapkan borang berkenaan dan kembalikan semula ke Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri.

 

     2.     Apakah kriteria pemilihan calon untuk rumah kos rendah oleh Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang?

Bagi setiap permohonan untuk mendapatkan satu unit rumah kos rendah, pemilihan akan dibuat berdasarkan kriteria-kriteria pemilihan melalui sistem berkomputer. Di antara kriteria-kriteria tersebut adalah tempat lahir, pendapatan RM2500 kebawah, jumlah tanggungan, lama mendaftar, tempoh bermastautin di Pulau Pinang, bekas perajurit, taraf kediaman sekarang, sebab-sebab memerlukan tempat tinggal dan pekerjaan.

 

     3.     Bolehkah seseorang individu memiliki lebih dari seunit rumah kos rendah?

Tidak Boleh.

 

     4.     Bagaimanakah cara untuk memohon rumah kos sederhana dan kedai pejabat PERDA?

Rumah kos sederhana dan kedai pejabat PERDA boleh dipohon dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati di pejabat PERDA atau muat turun di www.perda.gov.my.

 

     5.     Di manakah borang permohonan rumah kos sederhana dan kedai pejabat PERDA perlu dihantar?

Semua borang tersebut hendaklah dihantar sendiri atau diposkan kepada :

Seksyen Pemasaran Hartanah 1
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang
No. 1, Lorong Kampung Gajah 2
Jalan Kampung Gajah
12200 Butterworth

 

     6.     Bagaimanakah sekiranya saya gagal memperolehi rumah kos rendah yang dibangunkan oleh PERDA?

Pihak yang gagal memperolehi rumah kos rendah Lembaga ini tetapi masih berminat untuk memilikinya masih boleh mengemukakan rayuan. Sebarang surat-menyurat berkaitan rayuan hendaklah dikemukakan ke Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Pertimbangan oleh Bahagian Perumahan adalah tertakluk kepada kekosongan.


 

 

Visitor Statistic

3370670
Hari IniHari Ini495
SemalamSemalam2481
Minggu IniMinggu Ini16242
Bulan IniBulan Ini71019
KeseluruhanKeseluruhan3370670
IP Anda54Dot91Dot159Dot232

Popular Items

  1. Northern Seberang Perai (121292 telah dilihat)
  2. Southern Seberang Perai (97627 telah dilihat)
  3. Housing (95355 telah dilihat)
  4. Borang (77170 telah dilihat)
  5. Staff Directory (64070 telah dilihat)

Contact Us

Penang Regional Development Authority (PERDA)
No. 1 , Lorong Kampung Gajah 2,
Jalan Kampung Gajah,
12200 Butterworth, Pulau Pinang
Tel: +604-314 1100 |  Fax: +604-310 3178
E-mail : webmaster@perda.icu.gov.my

View Staff Directory

Achievement