TUKAR WARNA
  • Default color
  • Brown color
  • Green color
  • Blue color
  • Red color
TUKAR PAPARAN
  • leftlayout
  • rightlayout
TUKAR SAIZ FON
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Panel W3C

Laman Web Rasmi PERDA

Laman Utama Program Pembangunan Ekonomi Pembangunan Perniagaan

Pembangunan Perniagaan

Cetak

1.  Pusat Pembungkusan & Penjenamaan Setempat (OSPC)

   

Y.A.B. Perdana Menteri dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Bumiputera Pulau Pinang pada 08 Mei 2003 telah meminta supaya PERDA mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan lagi industri pemprosessan hasil pertanian di negeri Pulau Pinang.

Konsep : -

  • Membeli produk-produk asas tani dari pengusaha-pengusaha. Produk-produk tersebut akan melalui proses pengredan, pembungkusan, pelabelan dan pasaran di bawah satu jenama.
  • Menyediakan khidmat reka bentuk pembungkusan dan pelabelan sehingga penyediaan bahan pembungkusan kepada pengusaha untuk di pasarkan sendiri.

Skop : -

  • Pusat pembungkusan untuk produk-produk IKS tempatan.
  • Membangunkan produk ikon negeri Pulau Pinang.
  • Mengembangkan program sokongan kerajaan pada usahawan tempatan.
    • Meningkatkan persepsi dan penerimaan pasaran terhadap produk IKS tempatan.
    • Menyokong IKS tempatan untuk meningkatkan dan menembusi pasaran tempatan dan luar.
  • Pusat R&D untuk pembangunan pembungkusan.

 

2.  Pusat Perniagaan 'Midtown' Kepala Batas

Program 'Midtown' Kepala Batas merupakan satu program yang dirancang bagi usahawan / peniaga di Wilayah Utara untuk mempamer, mempromosi dan menjual produk dan perkhidmatan masing-masing pada setiap hari secara berterusan sepanjang tahun.

Program ini dirancang dengan mengambil  konsep perniagaan 'Uptown' Danau Kota, 'Uptown' Shah Alam dan 'Downtown' Cheras yang amat popular pada masa kini. Konsep yang ditonjolkan melalui program ini menjurus kepada penganjuran pelbagai program merangkumi program berbentuk pameran, promosi jualan, pendidikan, pendedahan peluang serta pewujudan rangkaian hubungan strategik di kalangan usahawan / peniaga, pengilang, pemborong, agensi / jabatan kerajaan dan masyarakat pengguna.

Pelaksanaan program ini menumpukan kepada pelbagai kluster aktiviti ekonomi seperti pertanian, penternakan, makanan / minuman, tekstil, teknologi maklumat dan lain-lain. Tapak penjaja dan gerai makan juga akan disediakan sebagai kemudahan usahawan / peniaga dan juga pengunjung untuk menjamu selera.

Disamping itu, satu tapak juga dicadang untuk diperuntukkan di kawasan tersebut bagi aktiviti perniagaan mingguan Pasar Tani bagi menarik pengunjung berkunjung serta menghidupkan lagi aktiviti perniagaan di program berkenaan. Penyertaan usahawan / peniaga di dalam program ini adalah terbuka kepada semua kelompok usahawan / peniaga dari pelbagai kaum.


 

3.  Projek Pembangunan Inkubator

   

Projek Pembangunan Inkubator  telah ditubuhkan dengan matlamat utamanya untuk mewujudkan aktiviti industri asas tani di satu kawasan yang lengkap serta selesa dan mengadakan ruang untuk pembesaran.

Projek ini dilaksanakan di atas tanah milik PERDA, iaitu sebahagian lot P.T. 711, Ladang Hock Eng, Mukim 2, Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara.  Saiz keseluruhan tapak PERDA Food Park yang adalah seluas 150 ekar.

Projek Pembangunan Inkubator adalah merupakan satu program pembinaan dan pembangunan usahawan secara bersepadu dalam semua aspek pengurusan pemprosesan makanan dalam tempoh masa tertentu. Program ini menyediakan kemudahan pembangunan modal insan, pembangunan produk dan promosi serta pemasaran produk di atas jenama tertentu.

Usahawan yang terlibat akan digraduasikan mengikut konsep ’exit policy’. Apabila telah mencukupi tempoh yang telah dihadkan, usahawan tersebut mesti keluar berdikasi di kilang bimbingan PERDA Food Park yang disediakan atau di kawasan yang dipilih oleh usahawan tersebut.

   

Objektif Projek Pembangunan Usahawan Inkubator adalah untuk :-

  • Memberi latihan teknikal pengurusan mesin/teknologi pemprosesan produk.
  • Memberi pendedahan dan tunjuk ajar serta sokongan (dalam bentuk kursus/latihan secara teoritikal dan praktikal) mengenai amalan pengilangan yang baik, perlabelan dan pembungkusan, peningkatan kualiti produk dan sebagainya.
  • Meningkatkan nilai tambahan dan pendapatan dalam bidang perindustrian pertanian huluan dan hiliran
  • Mewujudkan aktiviti industri asas tani di satu kawasan yang lengkap dan selesa (kondusif).

      

Antara kemudahan mesin-mesin yang disediakan adalah seperti berikut :-

  • Kordial dan jus (buah-buahan dan herba)
  • Sos
  • Makanan sejuk beku (roti paratha, roti arab, nuget dan tempura, karipap dan samosa, pau dan cucur badak)
  • Bakeri dan pastri (biskut dan pelbagai)
  • Kuih tradisional (baulu, dodol, halwa, wajik)
  • Snek (kerepek buah dan sayur)

 

4.  Pembangunan Usahawan Penggerai dan Penyewa Lot Komersial PERDA

  • Menjalankan pemantauan berkala dan menjadi pemudah cara kepada penggerai dan penyewa lot-lot komersial dan IKS PERDA.
  • Mewujudkan pangkalan data yang merangkumi maklumat hasil jualan, bantuan dan sebagainya kepada 358 penyewa-penyewa lot komersial dan IKS PERDA.
  • Menyediakan khidmat rundingan dan nasihat kepada pengerai dan penyewa lot-lot komersial dan IKS PERDA.
  • Menyediakan kursus-kursus dan latihan keusahawanan kepada pengerai dan penyewa lot-lot komersial dan IKS PERDA ke arah mewujudkan usahawan-usahawan PERDA yang berkualiti tinggi.

 

 

Jumlah Pengunjung

3533474
Hari IniHari Ini609
SemalamSemalam3625
Minggu IniMinggu Ini609
Bulan IniBulan Ini67510
KeseluruhanKeseluruhan3533474
IP Anda54Dot89Dot60Dot200

Item Popular

  1. Seberang Perai Utara (127081 telah dilihat)
  2. Seberang Perai Selatan (102414 telah dilihat)
  3. Perumahan (99960 telah dilihat)
  4. Borang (80151 telah dilihat)
  5. Direktori Pegawai (66671 telah dilihat)

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)
No. 1 , Lorong Kampung Gajah 2,
Jalan Kampung Gajah,
12200 Butterworth, Pulau Pinang
Tel: +604-314 1100 |  Faks: +604-310 3178
E-mel : webmaster@perda.icu.gov.my

Lihat Direktori Pegawai

Pencapaian