DesaMall@PERDA Cawangan DesaMall@KPLB terbaru dan pertama di wilayah utara

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mengambil inisiatif mewujudkan Program DesaMall@KPLB dalam usaha membantu usahawan luar bandar memasarkan produk mereka secara dalam talian melalui platform e-Dagang yang sudah mencatatkan jualan RM1.93 juta pada tahun 2020.

KPLB mula memasarkan produk usahawan DesaMall@KPLB secara setempat dan juga melalui beberapa platform e-Dagang seperti Lazada, Shoppee dan eBay.

Sehingga kini terdapat 2,162 orang usahawan luar bandar yang sedang memanfaatkan program DesaMall@KPLB sebagai platform memasarkan produk dan perkhidmatan mereka secara dalam talian.

KPLB menyasarkan pasaran produk serta perkhidmatan usahawan luar bandar melalui platform e-Dagang dapat ditingkatkan kepada 10 peratus hingga 30 peratus setahun.

Bagi mencapai sasaran ini, KPLB dalam perancangan untuk membuka 14 buah DesaMall@KPLB lagi di seluruh negara dalam beberapa tahun akan datang.

Pada tahun ini sebuah DesaMall@KPLB yang terbaru sedang dibina di Simpang Empat Permatang Buluh, Sungai Dua, Pulau Pinang. Usaha yang sedang dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) ini akan mewujudkan cawangan terbaru dan pertama  di wilayah utara.

Cawangan yang akan dikenali sebagai Desamall@PERDA ini djangka dapat membuka lebih banyak peluang dalam bidang keusahawan secara dalam talian dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Sebanyak 78 usahawan Pulau Pinang dan dari wilayah utara telah menyatakan hasrat untuk bekerjasama bagi memasarkan jualan produk masing-masing di DesaMall@PERDA ini.

Kerja-kerja pembinaan mini stor DesaMall@PERDA ini telah bermula  pada pertengahan bulan Julai yang lalu dan dijangka siap pada bulan Oktober tahun ini.

GALERI GAMBAR

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.