Program Belia Aset Negara – We Lead The Future

05 Disember 2021, Kuala Lumpur

Kem ini telah dianjurkan oleh Seksyen K- Komuniti, Bahagian Pembangunan Insan PERDA. Majlis telah dirasmikan oleh YB Tuan Khaliq Mehtab Ishaq, Pengerusi PERDA. Turut hadir bersama adalah Tuan Haji Asri Baharum, Timbalan Pengurus Besar Pembangunan dan Encik Mohd Salleh Husain, Pengurus Pembangunan Insan.

Tujuan kem ini diadakan adalah untuk memberi manfaat kepada semua peserta khususnya dalam meningkatkan nilai kepimpinan dan profesionalisme pemimpin dalam kalangan para belia. Selain itu, ia bertujuan untuk memupuk dan membentuk sahsiah yang terpuji dan contoh teladan yang baik untuk menjadi ikut generasi belia yang lain serta meningkatkan keyakinan dan percaya kepada potensi diri dalam menjadi generasi yang mampu untuk mencorak negara ke arah kecemerlangan.

Sepertimana sedia maklum, para belia dan beliawanis merupakan tunjang pembangunan pada masa akan datang. Oleh yang demikian, pihak Kerajaan sentiasa menitik berat berkaitan pembangunan dan pemerkasaan para belia. Selain itu, pihak Kerajaan juga turut prihatin dengan masa depan para belia dengan menyediakan skim-skim bantuan dan juga peluang kerjaya kepada para belia.

Keprihatinan pihak kerajaan ini jelas dinyatakan menerusi pembentangan bajet tahun 2022 yang turut menyenaraikan hampir 25 inisiatif yang boleh dimanfaatkan oleh para belia. Oleh itu, diharapkan para belia dapat menggunakan segala peluang dan kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan dalam memanfaatkan masa depan yang lebih baik dan terjamin.

GALERI GAMBAR

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.