Pencapaian Cemerlang Anggota Kerja PERDA Diiktiraf

07 Disember 2021, Butterworth

Majlis Perhimpunan Bulanan PERDA bagi bulan Disember telah diadakan buat pertama kalinya secara hibrid iaitu secara bersemuka di Dewan Mutiara Wawasan dan telesidang menerusi sistem Webex bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) setelah Pulau Pinang beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara pada 8 November yang lalu. 

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Untuk Negeri Kita serta diikuti dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Muhammad Miqdad Mohamad Jan, Pegawai Eksekutif (K-Komuniti).

Seterusnya, majlis diserikan dengan ucapan dan penyampaian amanat daripada Yang Berhormat Tuan Khaliq Mehtab Mohd Ishaq, Pengerusi PERDA kepada seluruh anggota kerja PERDA.

PERDA sememangnya menghargai segala jasa serta pengorbanan anggota kerjanya yang bersara pada tahun ini dan menjelang awal tahun hadapan. Justeru, penghargaan diberikan kepada Puan Fauziah Mustapa, Puan Munirah Haji Isa, Puan Normadiah Othman dan  Puan Rosna  Ahmad bagi menghargai perkhidmatan mereka di PERDA. 

Dalam pada itu, penghargaan turut diberikan kepada 6 orang anggota kerja yang telah menabur bakti di PERDA selama 25 tahun.

Di samping itu, seramai 39 orang anggota kerja PERDA menerima Anugerah Great Health Saver 2020 atas langkah penjimatan yang diambil terhadap kemudahan panel perubatan klinik swasta.

Sesi pengiktirafan kepada warga kerja PERDA yang telah mengharumkan nama organisasi menjadi acara kemuncak kepada majlis perhimpunan ini. Anugerah-anugerah yang telah diraih oleh PERDA ialah  Anugerah  Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015, Sijil Penyertaan Aktif Dalam Program Cisco Networking Academy Di Malaysia,  Silver Medal Anugerah ICompex2020,  Anugerah Kecemerlangan Petunjuk Prestasi Utama KPI HRMIS 100% Tahun 2019,  Silver Medal Pertandingan Inovasi Video & Poster Infografik Asia International Innovation Exhibition, AIINEX 2020 Peringkat Asia, Sijil Audit Bersih Penyata Kewangan Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2019,  Anugerah Kualiti Dan Inovasi Peringkat KPLB 2020 Bagi Kategori Anugerah Kualiti Pengurusan Perolehan (Tempat Kedua), Anugerah Kualiti Dan Inovasi Peringkat KPLB 2020 Bagi Kategori Anugerah Kualiti Pengurusan Sumber Manusia (Tempat Ketiga) dan Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan  Sempena Sambutan Hari Inovasi Dan Pelancaran Pelan Strategik Pendigitalan KPLB 2021-2025 (Tempat Pertama).

Kesemua anugerah dan penghargaan ini telah disampaikan oleh Yang Berhormat Tuan Khaliq Mehtab Mohd Ishaq, Pengerusi PERDA bersama Tuan Haji Mohd Asri bin Baharom, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan).

GALERI GAMBAR

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.