Majlis Perasmian DESAMALL@PERDA Sempena Lawatan Kerja YB Menteri Pembangunan Luar Bandar di Premis Desamall@PERDA

11 Februari 2022, Sungai Dua

Terdapat 269 jenis produk yang diusahakan oleh 113 usahawan desa yang dipamer dan dipromosikan di sana.

Desamall@KPLB merupakan rangkaian stor yang diwujudkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar bagi membantu usahawan luar bandar mengetengahkan produk mereka melalui platform E-Dagang seperti Lazada, Shopee, Presto Mall dan lain-lain.

Desamall@KPLB juga mendapat pengiktirafan status kedai official store melalui platform E-Dagang terpilih. Tujuan utama pewujudan stor runcit ini adalah bagi memberi peluang kepada usahawan luar bandar meletakkan produk-produk mereka secara fizikal.

Desamall@PERDA terletak di Simpang Empat Permatang Buluh, Sungai Dua mempunyai keunikan tersendiri berlatarbelakangkan pemandangan sawah padi dan disulami dengan penyediaan kopi asli Pulau Pinang oleh Qah-Wa Cafe.

Ini menjadikan Desamall@PERDA merupakan stor runcit pertama di Malaysia yang mempunyai kafe tersendiri.

Terima kasih YB Menteri!

Foto : Unit Perhubungan Awam PERDA
GALERI GAMBAR

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.