Perhimpunan Bulanan Mac 2022

16 Mac 2022, Bangunan PERDA

Perhimpunan Bulanan bagi bulan Mac 2022 diadakan secara hibrid yang bertempat di Dewan Mutiara Wawasan dan secara atas talian.  Pengurus Besar PERDA, YBrs. Dato' Rosman Haji Hashim menyampaikan amanat beliau kepada semua warga PERDA sempena perhimpunan ini.

Beliau menegaskan bahawa satu anjakan paradigma dan transformasi perlu dilaksanakan untuk tempoh 10 atau 20 tahun akan datang dalam memastikan PERDA tidak ketinggalan dalam menelusuri arus globalisasi yang makin mencabar.

Perkara ini berasaskan dari saranan daripada YB. Menteri Pembangunan Luar Bandar yang menyatakan bahawa mana-mana agensi dibawah nanungan KPLB yang telah berusia 50 tahun harus melaksanakan pelan transformasi.

Dalam pada itu, satu majlis ringkas turut diadakan bagi meraikan persaraan dua orang kakitangan yang amat berdedikasi iaitu Puan Raudzoh Binti Haji Harun dan Puan Khadijah Binti Saad yang masing-masing akan bersara pada bulan Mac dan April 2022.

PERDA amat terkesan dengan persaraan kedua-dua kakitangan ini dan mendoakan mereka sentiasa berada di bawah rahmat Allah SWT.

GALERI GAMBAR

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.