Majlis Santunan Kasih Ramadhan Bersama Timbalan Perdana Menteri Di Masjid Jamek Al-Islah Pokok Tampang, Tasek Gelugor

26 Mac 2023  |  Tasek Gelugor
 
YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi beramah mesra dengan penduduk sekitar Pokok Ketapang, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Seramai 50 orang anak tahfiz dan anak yatim diraikan dalam majlis ini. Beliau turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak tahfiz dan anak-anak yatim di bawah seliaan Masjid Jamek Al-Islah, Pokok Tampang, Tasek Gelugor.

1,500 bungkus bubur lambok yang telah disediakan oleh lima (5) kumpulan dengan kerjasama penduduk kampung serta kakitangan PERDA, MARA, KEMAS, RISDA dan Jawatankuasa Masjid diagihkan kepada penduduk kampung di perkarangan Masjid Jamek Al-Islah di sini hari ini.

YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut menyampaikan Simbolik Penyerahan Barangan Program Peningkatan Pendapatan kepada penerima bantuan (PPP).

Kira-kira 2,000 orang hadir dalam Majlis Santunan Kasih Ramadan ini. Turut hadir ialah YAB Chow Kon Yeow 曹觀友, Ketua Menteri Pulau Pinang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YB Datuk Rubiah Wang dan Ketua Setiausaha Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Dato' Sri Ramlan Harun.

PERDA mengucapkan jutaan terima kasih kepada agensi yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.




Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.