Lokasi di Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH)
Baru-baru ini, bertempat di PERDA-TECH, Nibong Tebal, seramai 24 orang pelajar Kursus Senireka Fesyen telah memperlihatkan bakat dan kreativiti masing-masing di dalam pertunjukkan fashion show yang julung kali diadakan di institut ini.
Sebanyak 48 koleksi pakaian telah dipertontonkan oleh model masing-masing yang mempertengahkan konsep animal kingdom (dunia haiwan) dalam penampilan dan kretiviti rekaan mereka. Antara tema fauna yang dapat dilihat ialah labah-labah, rama-rama, iguana, zirafah dan belalang.
Norsazlina Zulkifli telah dinobatkan sebagai pereka terbaik pertunjukkan fashion show ini, manakala model terbaik dimenangi oleh Nurul Baizura Ahmad Tarmizi.
Menurut Mohd. Asri Baharum, Pengarah PERDA-TECH tujuan diadakan pertujukkan fashion show ini ialah untuk memberi peluang kepada para pelajar mempersembahkan projek akhir mereka di samping menilai idea dan kreativiti mereka sepanjang 15 bulan menjalani pengajian kursus ini.
Pertunjukan fesyen kali ini dilihat berjaya dari segi persembahan dan penganjuran. Pihak pengurusan PERDA-TECH bercadang untuk menjadikan ia sebagai satu program tetap di dalam kalendar tahunan institusi ini.



































