Majlis Apresiasi Tahun 2022 dan Ramah Mesra Pengurus Besar PERDA Bersama Pentadbir Sekolah dan Guru Penyelaras Tahun 2023

19 Mei 2023  |  Kepala Batas

Seksyen Kecemerlangan Akademik, Bahagian Pembangunan Insan telah mengadakan majlis apresiasi kepada guru-guru penyelaras bagi tahun 2022 dan sesi ramah mesra bersama 71 buah sekolah di bawah tajaan PERDA bagi sesi tahun 2023 pada 19 Mei 2023 bertempat di Bertam Resort, Kepala Batas.

Penganjuran majlis ini adalah bertujuan bagi meraikan sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan oleh semua guru penyelaras yang terlibat di dalam membantu dan menyelaras 66 siri Program Peningkatan Akademik B40 dan Program Rural Outreach STEM (PROSTEM) bagi tahun 2022. Peranan dan komitmen yang telah dimainkan oleh guru-guru dan pihak sekolah amat besar di dalam memastikan kejayaan program-program yang dianjurkan oleh PERDA.

Pengurus Besar PERDA, Tuan Haji Mohd Asri bin Baharum telah menyempurnakan majlis ini dan juga menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada guru-guru penyelaras yang terlibat. Turut hadir bersama ke majlis ini adalah Encik Mohamad Said bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Tuan Haji Anuar bin Shahab, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) PERDA, Puan Noor Hayati binti Ishak, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) PERDA dan Encik Saiful Nizam bin Ramlee, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

#perda #merealisasikanharapanrakyat #KKDW #luarbandarsejahtera #mediaperda #maisatnakhabaq #raya2023 #apresiasi

 
GALERI GAMBAR

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.