Lawatan Penanda Aras Ke Iskandar Halal Park Johor

16 Ogos 2023  |  Iskandar Halal Park, Johor

Satu Lawatan Penanda Aras Ke Iskandar Halal Park Johor telah diadakan pada 16 Ogos 2023 bertempat di Pejabat UMLand Iskandar Halal Park.
 
Lawatan diketuai oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan). Turut hadir bersama Pasukan Projek Membina Baru Premis IKS Tasek Gelugor yang terdiri daripada Pegawai PERDA dan Perunding Arkitek, C&S dan M&E.
 
Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan input-input mengenai pembangunan Iskandar Halal Park di mana ianya akan digunapakai atau dijadikan rujukan kepada cadangan projek Membina Baru Premis IKS Tasek Gelugor Seberang Perai Utara.

Melalui lawatan ini, input-input dari segi rekabentuk yang sesuai untuk industri halal telah diperolehi, antaranya :
  • penggunaan bahan binaan yang sesuai
  • kategori industri halal yang sesuai

Kredit Foto : Puan Zainab Puteh


Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.