Majlis Apresiasi Kontinjen Kawad PERDA 2023

14 Oktober 2023 | The TL House, Sungai Petani, Kedah

Satu Majlis Apresiasi telah diadakan bagi meraikan Kontinjen Kawad PERDA yang telah dinobatkan sebagai juara sempena Perbarisan Kawad Kemerdekaan 2023 Peringkat Negeri Pulau Pinang yang telah diadakan pada 31 Ogos 2023 yang lalu. 

Majlis di hadiri oleh Pengerusi PERDA, YBhg. Dato' Ir. Dr. Shaikh Hussein Mydin, Pengurus Besar PERDA, Tuan Haji Mohd Asri Baharum Dan Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) Tuan Haji Anuar Shahab. 

Dalam majlis ini, YBhg. Dato' Pengerusi PERDA juga telah meluahkan rasa bangga dan teruja kerana PERDA mendapat tempat pertama dalam acara tersebut dan beliau mengharapkan agar kontinjen PERDA mengekalkan kejuaraan pada tahun- tahun akan datang. 

Pelbagai acara menarik seperti cabutan bertuah dan pertandingan "King And Queen Of The Night" turut memeriahkan majlis.Syabas dan Tahniah Kepada Kontinjen Kawad PERDA 2023.

Semoga tahun hadapan menjadi milik kita lagi.

GALERI GAMBAR

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.