22 April 2024 | Institut Kemahiran Tinggi PERDA
Sempena menyokong Program Penanaman 1 Juta Pokok Dalam Sehari di Pulau Pinang sempena Hari Bumi 2024 anjuran Yayasan Amal TYT Pulau Pinang, semua kakitangan PERDA turut serta dalam program berkenaan dengan perasmian penanaman oleh Pengurus Besar PERDA di Institut Kemahiran Tinggi PERDA.
Turut serta dalam program penanaman ialah Timbalan Pengurus Besar Pembangunan PERDA Dan Pengarah PERDATECH.
Selain itu, semua kakitangan PERDA juga turut menanam 1 batang pokok di kediaman masing-masing.