TUKAR WARNA
  • Default color
  • Brown color
  • Green color
  • Blue color
  • Red color
TUKAR PAPARAN
  • leftlayout
  • rightlayout
TUKAR SAIZ FON
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Panel W3C

Laman Web Rasmi PERDA

Laman Utama Laman Utama


Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah PERDA Melawat Projek PERDA di SPS

Print

11 September 2013, SPS

Seramai lapan orang Ahli Lembaga Pengarah PERDA yang baru dilantik telah dibawa melawat beberapa projek-projek fizikal yang dibangunkan oleh PERDA di daerah Seberang Perai Selatan. Lawatan yang diketuai oleh YB Haji Shabudin Yahaya, Pengerusi PERDA  ini telah meninjau kawasan IKS Tasek, Taman Pancur Utama Fasa 2, PERDA-TECH dan medan selera serta IKS Simpang Ampat.

Lawatan yang diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada ahli-ahli lembaga pengarah yang baru dilantik pada 16 Jun 2013 yang lalu. Pada masa yang sama mereka dapat melihat progress pembangunan bagi projek yang sedang dilaksanakan seperti Taman Pancur Utama Fasa 2.

Di PERDA-TECH, mereka dimaklumkan akan perkembangan hala tuju institusi ini serta permasalahan yang berbangkit oleh Pengarah PERDA-TECH, Mohd Asri Baharum. Di sini mereka dibawa melihat keadaan bengkel-bengkel pengajian kursus yang ditawarkan oleh PERDA-TECH.

Lawatan ini turut diikuti oleh Encik Rosman Hashim, Timbalan Pengurus Besar Pembangunan bersama-sama pegawai-pegawai kanan PERDA yang lain.


 

   

  

     

 

Program U-LEAD Mantapkan Pemimpin Belia

Print

06 - 08 September 2013, International Hotel KL

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) melalui Bahagian Pembangunan Insan telah menganjurkan Program U-Lead siri 1/2013 pada 6 hingga 8 September 2013 yang lalu.

Program yang diadakan di International Hotel Kuala Lumpur ini merupakan lanjutan daripada Program Belia Pewaris Nusa yang turut diadakan oleh PERDA. Seramai 34 orang pemimpin belia bagi beberapa kawasan di Pulau Pinang telah dipilih untuk menyertai program ini.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung bertujuan untuk memantapkan lagi sikap kepimpinan yang ada dalam diri para pemimpin belia yang menghadiri program ini.

Selain itu, mereka juga berpeluang bersua muka dengan tokoh pemimpin belia yang turut hadir dan berkongsi pengalaman yang menarik untuk dijadikan panduan.


 

   

  

     

 

Kursus Analisa Data MS ISO 9001:2008

Print

27 - 30 Ogos 2013, Bukit Gambang Resort

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah menganjurkan program Kursus Analisa Data MS ISO 9001:2008 bertempat di Bukit Gambang Resort, Pahang. Kursus ini mendapat kerjasama dengan Paisley Consulting Sdn Bhd dan telah dihadiri oleh 27 orang peserta dari PERDA dan PERDA-TECH.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Rosman bin Hashim, Timbalan Pengurus Besar Pembangunan PERDA. Kursus ini dikendalikan oleh Encik Mohamed Shariff bin Abu Bakar. Objektif kursus adalah bertujuan untuk membantu para peserta memahami dengan lebih mendalam mengenai kaedah dan kepentingan MS ISO 9001:2008 di dalam organisasi dan membantu para peserta dalam penyediaan data dan kaedah menganalisa data mengikut keperluan organisasi.


 

  

 

     

 

Lawatan Penanda Aras Pengurusan LEAN ke PKNP

Print

29 Ogos 2013, Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP)

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah mengadakan Lawatan Penanda Aras Pengurusan LEAN ke Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP). Lawatan ini diketuai oleh Tuan Haji Rosman bin Haji Hashim (Timbalan Pengurus Besar Pembangunan PERDA) dan disertai oleh 26 anggota kerja PERDA yang terdiri daripada Pasukan Analisa Data dan ISO PERDA.

Lawatan tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai kaedah-kaedah Pengurusan LEAN di agensi kerajaan. PKNP diiktiraf oleh pihak MPC sebagai Pioneer Agency  yang melaksanakan ‘Lean Management’ di dalam sektor kerajaan (MPC wilayah Timur) diberi pengiktirafan rasmi oleh MPC Malaysia sebagai hub Lean Management pada Disember 2011.

Taklimat Lawatan Pengurusan LEAN telah disampaikan oleh Y.Bhg Dato' Hajah Khalijah binti Abdul Malek (Timbalan Ketua Eksekutif Pengurusan PKNP). Para peserta lawatan juga didedahkan mengenai Kaedah Value Stream Mapping (VSM) dan sesi Pembentangan Projek VSM yang telah disampaikan oleh Haji Mohd Zaid bin Harun (Pengurus  Bahagian Pembangunan Hartanah) dan Puan Nooremi binti Musa pegawai daripada Bahagian Pentadbiran Sumber Manusia PKNP.


 

   

  

     

 

Sambutan Aidilfitri PERDA 2013 Meriah

Print

22 Ogos 2013, PERDA Butterworth

Bertempat di perkarangan ibu pejabat PERDA Butterworth semalam telah diadakan Majlis Sambutan Aidilfitri PERDA 2013. TYT Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan, selaku tetamu kenamaan, telah sudi hadir meluangkan masa berhari raya bersama wargakerja PERDA, para tetamu dan orang ramai di majlis ini.

Antara menu yang disediakan di majlis ini yang mendapat perhatian daripada para tetamu jemputan ialah kambing bakar, char keow teow, satay, cendol dan laksa. Kuih-kuih raya, lemang, ketupat dan rendang juga disediakan.

Kehadiran Y.Bhg Tan Sri Haji Shukry Mohd Salleh, Ketua Pengarah ICU, JPM turut memeriahkan lagi suasana hari raya. Malahan Y.Bhg Tan Sri sendiri bersama YB Tuan Haji Shahbudin Yahaya, Pengerusi PERDA dan Encik Saringat Hassan, Pengurus Besar turut melayan tetamu-tetamu PERDA yang hadir.

Hampir enam ribu tetamu dan pengunjung telah menghadiri program ini yang diadakan setiap tahun oleh PERDA. Ia merupakan medan untuk PERDA menghargai semua jabatan, pelanggan, individu, rakan media dan syarikat yang berurusan dengan PERDA selama ini selain merapatkan lagi kerjasama dan hubungan dengan mereka. 


 

   

   

      

     

 

Ihya’ Ramadhan Bersama Pengerusi PERDA

Print

23 Julai 2013, Masjid Jamek Permatang Tok Gelam

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) meneruskan lagi program Ihya’ Ramadhan bagi tahun 2013 bersamaan 1434 hijrah ini dengan mengadakan majlis bersama Y.B. Tuan Haji Shabudin bin Yahaya, Pengerusi PERDA.

Program ini diadakan pada 23 Julai , bertempat di Perkarangan Masjid Jamek Permatang Tok Gelam, Teluk Air Tawar. Pada majlis ini yang turut dihadiri oleh Tuan Haji Saringat bin Haji Hassan, Pengurus Besar PERDA, seramai 100 orang telah menerima bantuan berupa wang tunai RM 100.00 seorang.

PERDA turut menyumbang sebanyak RM 1000.00 kepada pihak Masjid Jamek Permatang Tok Gelam bagi menjalankan aktiviti masjid.


 

 

 

     

 

Sijil Bersih Ketua Audit Negara Bagi Penyata Kewangan PERDA

Print

22 Julai 2013, Universiti Sains Malaysia

PERDA telah menerima Sijil  Bersih Ketua Audit Negara Bagi Penyata Kewangan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2012.

Sijil tersebut telah ditandatangani dan diserahkan oleh YBhg Datuk Haji Anwari Bin Suri, Timbalan Ketua Audit Negara (Persekutuan) Malaysia, pada 22 Julai 2013  selepas berlangsungnya Mesyuarat 'Exit Conference' Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2012 Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Audit Dalam,  Universiti Sains Malaysia.

Ini merupakan Sijil Audit Bersih bagi kali yang ke-15 berturut-turut yang telah berjaya diperolehi oleh PERDA. Sekalung tahniah diucapkan.

 


 

       

 

 

     

 

Kursus Pembangunan Diri & Sahsiah

Print

16 - 18 Julai 2013, Dewan Mutiara Wawasan PERDA

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah menganjurkan program Kursus Pembangunan Diri & Sahsiah bertempat di Dewan Mutiara Wawasan, Tingkat 6 Bangunan PERDA.

Kursus ini mendapat kerjasama dari Akademi Integrasi Moden Sdn Bhd dan telah dihadiri oleh 54 orang peserta yang terdiri daripada anggota kerja PERDA dan PERDA- TECH.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Saringat bin Haji Hassan, Pengurus Besar PERDA. Kursus ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh Doktor Nor Ramzan bin Abd Rahim. Objektif kursus adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta dalam memberi perkhidmatan cemerlang kepada agensi dan mengukur prestasi kerja berdasarkan pencapaian yang bermatlamat.


 

   

   

   

   

 

     

 

Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Julai 2013

Print

24 Julai 2013, Dewan Mutiara Wawasan PERDA

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Julai bertempat di Dewan Mutiara Wawasan, Aras 6 Bangunan PERDA. Perhimpunan telah dihadiri anggota kerja PERDA.

Majlis turut dihadiri oleh Tuan Haji Saringat bin Haji Hassan (Pengurus Besar PERDA), Puan Hajjah Noraishah binti Che Dan (Timbalan Pengurus Besar Pengurusan PERDA) dan Tuan Haji Rosman bin Haji Hashim (Timbalan Pengurus Besar Pembangunan PERDA). 

Majlis Perhimpunan ini diserikan lagi dengan kehadiran YB. Tuan Haji Shabudin bin Yahaya (Pengerusi PERDA) yang turut menyampaikan amanat kepada warga kerja PERDA agar menjadikan PERDA sebagai agensi yang menjadi idola dan harapan rakyat seterusnya memperkasakan keupayaan agensi (PERDA) agar menjadi sebuah institusi yang melaksanakan segala dasar transformasi negara dalam bidang Ekonomi, Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Pembangunan Usahawan khususnya Bumiputra, Pemilikan Aset & Pelaburan serta inovasi melalui pengukuran pelbagai indeks melalui program-program usahasama dengan agensi kerajaan yang lain.

Ini dapat menjadikan PERDA salah satu daripada agensi katalis & peneroka pasaran yang baru. Beliau juga menekankan aspek memperkasakan warga kerja PERDA agar setiap warga kerja PERDA memiliki kemahiran dan pengetahuan untuk melaksanakan setiap program yang dirancang. Setiap program yang dirancang juga diharap dapat menjadi penghubung antara masyarakat dan PERDA serta agensi kerajaan yang lain.


 

   

   

   

   

 

 

     

 
Page 5 of 14
Permohonan Rumah Kos Rendah PERDA mestilah dipohon melalui Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Sila klik untuk maklumat lanjut.

Visitor Statistic

3386561
Hari IniHari Ini2088
SemalamSemalam2339
Minggu IniMinggu Ini14134
Bulan IniBulan Ini2088
KeseluruhanKeseluruhan3386561
IP Anda23Dot22Dot173Dot58

Popular Items

  1. Northern Seberang Perai (122031 telah dilihat)
  2. Southern Seberang Perai (98197 telah dilihat)
  3. Housing (95945 telah dilihat)
  4. Borang (77456 telah dilihat)
  5. Staff Directory (64355 telah dilihat)

Contact Us

Penang Regional Development Authority (PERDA)
No. 1 , Lorong Kampung Gajah 2,
Jalan Kampung Gajah,
12200 Butterworth, Pulau Pinang
Tel: +604-314 1100 |  Fax: +604-310 3178
E-mail : webmaster@perda.icu.gov.my

View Staff Directory

Achievement