TUKAR WARNA
  • Default color
  • Brown color
  • Green color
  • Blue color
  • Red color
TUKAR PAPARAN
  • leftlayout
  • rightlayout
TUKAR SAIZ FON
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Panel W3C

Laman Web Rasmi PERDA

Laman Utama Laman Utama


Majlis Prapelancaran Karnival Ilmu 3P 2013

Cetak

26 Oktober 2013, Tesco Seberang Jaya

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) akan menganjurkan Karnival Ilmu 3P 2013 yang dijadualkan pada 27 November hingga 1 Disember 2013 nanti.

Karnival ini akan berlangsung di Politeknik Seberang Perai Pulau Pinang bermula 10.00 pagi – 10.00 malam. Pelbagai aktiviti akan diadakan antaranya jualan buku serta kelangkapan sekolah dan pameran agensi-agensi kerajaan.

Pada 26 Oktober yang lalu, bertempat di Tesco Seberang Jaya, satu Majlis Prapelancaran Karnival Ilmu 3P telah diadakan. Prapelancaran ini diadakan bertujuan sebagai promosi awal kepada Karnival Buku ini.

Y.B. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya, Pengerusi PERDA telah merasmikan majlis prapelancaran ini. Artis Imuda telah dilantik sebagai Ikon bagi karnival buku ini.


 

 

 

 

 

PERDA Terima Lawatan 5S Pihak Luar

Cetak

24 Oktober 2013, Pejabat PERDA

Walaupun anggota PERDA sibuk dengan pelbagai tugas ditambah pula dengan sesi peangauditan semula 5S kali keempat yang akan tiba tidak lama lagi, ianya tidak menghalang pihak PERDA untuk menerima tetamu yang ingin membuat lawatan ke sini.

Pada 24 Oktober yang lalu, PERDA telah menerima satu lagi lawatan penandaarasan daripada pihak Universiti Utara Malaysia (UUM).

 Rombongan seramai 20 orang ini bertujuan mempelajari kaedah yang digunapakai oleh PERDA untuk menjalankan 5S.

Encik Anuar bin Shahab, Pengurus Bahagian Khidmat Pengurusan PERDA telah menyampaikan taklimat kepada pihak UUM tersebut.


 

    

 

 

Majlis Penghargaan Jurulatih Utama Mutiara Program Didik Cemerlang Akademik

Cetak

23 Oktober 2013, Hotel Eastin

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang melalui Bahagian Pembangunan Insan telah mengadakan Majlis Penghargaan Jurulatih Utama Mutiara Program Didik Cemerlang Akademik (MPDCA) 2013 pada 23 Oktober 2013 yang lalu.

Majlis yang diadakan di Hotel Eastin Pulau Pinang ini bertujuan menghargai guru-guru jurulatih utama MPDCA yang telah banyak menyumbangkan tenaga untuk menjayakan semua program MPDCA sepanjang tahun 2013.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Dato’ Haji Ahmad Tarmizi bin Kamarudin, Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang.


 

    

 

 

Kursus Protokol Etiket & Sosial

Cetak

21 - 22 Oktober 2013, Hotel Seri Malaysia

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah menganjurkan Kursus Protokol Etiket & Sosial bertempat di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas. Kursus ini telah mendapat kerjasama daripada INTAN Kampus Wilayah Utara (INTURA) dan telah dihadiri oleh 40 orang peserta yang terdiri daripada anggota kerja PERDA, PERDA-TECH dan PVI Sdn Bhd.

Majlis Perasmian kursus telah disempurnakan oleh Puan Hajah Noraishah binti Che Dan (Timbalan Pengurus Besar Pengurusan PERDA). Kursus ini telah dikendalikan oleh Puan Zahidah binti Abdul Jalil (Ketua Penolong Pengarah INTAN Kampus Wilayah Utara) dan Tuan Haji Azhar bin Omar (Penolong Pegawai Tadbir INTAN Kampus Wilayah Utara).

Objektif kursus ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan pengetahuan Etiket Sosial dalam kehidupan seharian, dalam pergaulan dan dalam menghadiri pelbagai majlis. Kursus ini diadakan bagi meningkatkan imej diri dan juga imej organisasi.

 


 

 

    

 

 

Majlis Perasmian Penuaian Hasil Pertama Tanaman "Rock Melon"

Cetak

22 Oktober 2013, PERDA-TECH

Majlis Perasmian Penuaian Hasil Pertama Tanaman "Rock Melon" yang diusahakan  oleh pelajar dan pensyarah  pengajian Kejuruteraan Pertanian, Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) telah disempurnakan oleh Tuan Haji Saringat bin Haji Hassan, Pengurus Besar PERDA pada 22 Oktober 2013.


Penanaman "Rock Melon" yang diusahakan secara fertigasi menggunakan struktur Green House ini  merupakan antara modul pengajian bagi pelajar-pelajar PERDA-TECH yang mengikuti pengajian Sijil Kejuruteraan Pertanian. Sebanyak 200 pokok telah membuahkan hasil dengan purata berat 2.2 kg sepokok. Purata kemanisan buah adalah 13 Brix dengan tempoh tuaian tepat 75 hari.


 Syabas kepada semua pensyarah dan pelajar kejuruteraan pertanian PERDA-TECH.

 


 

 

    

   

 

 

Kursus Pengurusan Rekod/Dokumen

Cetak

23 - 25 September 2013, Dewan Mutiara Wawasan

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Rekod/Dokumen yang bertempat di Dewan Mutiara Wawasan, Aras 6, Bangunan PERDA. Kursus ini mendapat kerjasama daripada Arkib Negara Malaysia dan telah dihadiri oleh 40 orang peserta yang terdiri daripada anggota kerja PERDA dan PERDA-TECH.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Saringat bin Haji Hassan (Pengurus Besar PERDA). Kursus ini telah dikendalikan oleh Encik Mohd Nasser bin Malim (Pengarah Arkib Negara Malaysia Cawangan Pulau Pinang) dan Encik Nazrim Syah bin Nazari (Penolong Pegawai Arkib).

Objektif kursus bertujuan untuk membantu para peserta mengenal pasti konsep dan perundangan rekod mengikut Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629) dan juga melaksanakan urusan sistem fail dengan sistematik mengikut piawaian dan prosedur pengurusan rekod yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia.

 


 

 

  

 

 

 

Program Puncak Pecutan Akhir Hadapi PMR

Cetak

20 - 22 September 2013, Dusun Minda Resort

Seramai 194 orang pelajar tingkatan 3 yang bakal menghadapi peperiksaan PMR tahun 2013 telah menyertai Program Puncak PMR 2013. Program anjuran bahagian Pembanguan Insan, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang ini telah diadakan pada 20 hingga 22 September bertempat di Dusun Minda Resort, Kuala Nerang, Kedah.

Antara subjek yang telah diberikan perhatian semasa program ini berlangsung ialah subjek Sains, Bahasa English dan Matematik. Pengurus Besar PERDA iaitu Tuan Haji Saringat bin Haji Hassan telah merasmikan program ini.

Program ini dianjurkan untuk memberi persiapan akhir kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 yang akan menghadapi peperiksaan PMR yang dijadualkan   bermula pada 2 November 2013 nanti.

 


 

 

  

 

 

Perhimpunan Bulanan Bulan September

Cetak

18 September 2013, Dewan Mutiara Wawasan Tingkat 6

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan September bertempat di Dewan Mutiara Wawasan, Tingkat 6 ,Bangunan PERDA. Perhimpunan telah dihadiri anggota kerja PERDA. Majlis Perhimpunan ini diserikan lagi dengan kehadiran YB. Tuan Haji Shabudin bin Yahaya (Pengerusi PERDA) dan Tuan Haji Rosman bin Haji Hashim Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) PERDA.

Majlis ini turut memperkenalkan anggota kerja PERDA yang baru melaporkan diri pada 17 September 2013 kepada anggota kerja yang lain. Seramai 17 orang anggota baru yang terdiri daripada Pegawai Kemahiran Vokasional (J41) seramai 10 orang, Pegawai Tadbir  (N41) seramai 6 orang dan seorang Penolong Pegawai Kemahiran Vokasional  (J29). Semua anggota baru tersebut akan bertugas di Institut Kemahiran Tinggi PERDA-TECH. Pada majlis perhimpunan ini juga Pengerusi PERDA dalam ucapannya menggesa agar semua anggota kerja PERDA dapat memberi idea dan kreaviti bagi memastikan PERDA  kompetitif dan terus cemerlang dalam menyampaikan khidmat kepada masyarakat khususnya golongan sasar. Beliau mencadangkan supaya kursus Protokol Dalam Pengurusan Majlis dan Jamuan diberi kepada kepada usahawan-usahawan dalam bidang katering manakala Kursus Pengacaraan Majlis dapat memberi pendedahan kepada usahawan baru yang berminat dalam bidang pengacaraan. Usaha juga ini diharap dapat mempertingkatkan lagi usahawan-usahawan yang berdaya saing khususnya bumiputera di Pulau Pinang.

Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) mewakili Pengurus Besar dalam ucapannya mengalu-alukan kedatangan anggota kerja baru dan berharap anggota kerja baru dapat menyumbang dalam peningkatan prestasi PERDA seterusnya melonjak nama PERDA di peringkat negeri mahupun kebangsaan. Beliau juga mengingatkan agar anggota kerja mengemaskini kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi dalam pengisian LNPT di dalam sistem HRMIS dan  memastikan anggota kerja mematuhi rekod kehadiran serta disipilin agar sentiasa dalam keadaan yang terbaik.


 

   

   

     

 

Majlis Perpisahan Mantan Ketua Eksekutif PVI Sdn. Bhd

Cetak

18 September 2013, Dewan Mutiara Wawasan Tingkat 6

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah mengadakan Majlis Perpisahan Mantan Ketua Eksekutif PERDA Ventures Incorporated Sdn. Bhd. Y.B Tuan Haji Omar bin Haji Abdul Hamid  di Dewan Mutiara Wawasan, Aras 6 ,Bangunan PERDA.

Majlis telah dihadiri anggota kerja PERDA dan ini diserikan lagi dengan kehadiran YB. Tuan Haji Shabudin bin Yahaya (Pengerusi PERDA) serta Tuan Haji Rosman bin Haji Hashim Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) PERDA.

Majlis ini diadakan bagi mengenang jasa beliau yang mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam selaku Penolong Penguasa Di Badan Pencegah Rasuah (BPR) bermula pada 1980 hingga 1999. Pada tahun 1999 beliau ditawarkan untuk bertugas selaku Pegawai Undang-Undang di PERDA. Selepas berkhidmat selama 9 tahun beliau telah dipinjamkan ke PERDA Ventures Incorporated Sdn. Bhd. Selaku Ketua Eksekutif (CEO).

Pada 18 April 2013 beliau telah memohon persaraan awal dari jawatan Pegawai Undang-Undang PERDA bagi mewakili kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai calon PRU 13 di kawasan N04 Permatang Berangan Dalam Parlimen P042 Tasek Gelugor. Dalam tempoh 14 tahun berkhidmat dengan PERDA beliau telah banyak menabur jasa dan sumbangan khususnya kepada PERDA dan PVI Sdn Bhd. Pihak Pengurusan PERDA merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas segala sumbangan yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan dan semoga beliau berjaya dalam bidang yang diceburinya.  

 


 

   

     

 
JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL
Permohonan Rumah Kos Rendah PERDA mestilah dipohon melalui Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Sila klik untuk maklumat lanjut.

Jumlah Pengunjung

3098865
Hari IniHari Ini2443
SemalamSemalam2624
Minggu IniMinggu Ini5067
Bulan IniBulan Ini62592
KeseluruhanKeseluruhan3098865
IP Anda54Dot80Dot17Dot224

Item Popular

  1. Seberang Perai Utara (111261 telah dilihat)
  2. Seberang Perai Selatan (88557 telah dilihat)
  3. Perumahan (86343 telah dilihat)
  4. Borang (71329 telah dilihat)
  5. Direktori Pegawai (59137 telah dilihat)

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)
No. 1 , Lorong Kampung Gajah 2,
Jalan Kampung Gajah,
12200 Butterworth, Pulau Pinang
Tel: +604-314 1100 |  Faks: +604-310 3178
E-mel : webmaster@perda.icu.gov.my

Lihat Direktori Pegawai

Pencapaian