Kursus Ledakan Digital Marketing

21 - 23 Februari 2023  |  Purest Hotel, Sungai Petani

Bahagian Pembangunan Ekonomi PERDA telah menganjurkan Kursus Ledakan Digital Marketing pada 21 - 23 Februari 2023 bertempat di Purest Hotel, Sungai Petani.

Objektif Kursus adalah :
  • Mengetahui strategi yang efektif menggunakan pemasaran online bagi mengembangkan perniagaan/produk usahawan
  • Mengetahui cara yang betul untuk membuat dan menggunakan saluran pemasaran yang berkesan untuk menarik pelanggan membeli produk/ perkhidmatan
  • Membetulkan mindset usahawan terutama dalam menceburi perniagaan dan memberi mereka motivasi untuk lebih berjaya
 
Kursus ini dikendalikan oleh tenaga pengajar (Coach) yang sangat berpengalaman iaitu Encik Haris Bin Ghazali dari SIFOO International Sdn Bhd (Funnel Evo).

Para peserta adalah seramai 40 orang usahawan yang terdiri daripada pelbagai bidang perniagaan seperti Perkhidmatan spa, Perkhidmatan membaiki komputer & peralatan elektrik, Agensi Pelancongan, Restoran & kedai makan, Pembuatan makanan & Minuman, Percetakan dan lain-lain.

Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh Encik Rohaimi Bin Othman, Pengurus Bahagian Pembangunan Ekonomi PERDA. 
GALERI GAMBAR