Kunjungan Hormat Pengurus Besar PERDA ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang

14 Ogos 2023  |  Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang
 
Tujuan kunjungan ini adalah bagi menyampaikan hala tuju dan jalinan kerjasama antara kedua- dua agensi kerajaan ini agar semua perancangan dan pelaksanaan projek pembangunan mahupun projek sosial yang dibangunkan dapat memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini.

Turut hadir bersama Pengurus Besar PERDA ialah Pengurus Pembangunan Ekonomi, Mohamad Hazahari Md Haris, Pegawai Perhubungan Awam, Encik Mohamad Affendi Mohd Nor dan Encik Ismat Afif Pawanteh, Penolong Pengurus Pembangunan Usahawan, YDH SAC Rahimi bin Ra'ais, Pemangku Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, ACP Muhamad Halim bin Yatim, Ketua Jabatan Pengurusan dan Supt. Abdul Malik bin Mehat, Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi.

Pada pertemuan itu, Mohd. Asri membangkitkan beberapa perkara antaranya berkaitan projek-projek pembangunan perumahan dan program-program pembangunan masyarakat serta keusahawanan di bawah PERDA serta program baharu yang akan PERDA lancarkan iaitu EXPERT 2023 yang di jadualkan pada 28 September - 1 Oktober 2023 yang bertempat di MidTown PERDA, Kubang Menerong, Pulau Pinang.

Ketua Polis Pulau Pinang, YDH CP Dato’ Khaw Kok Chin berbesar hati menerima kunjungan tersebut dan sedia berkerjasama melalui Community Policing dan Program Pencegahan jenayah dengan Masyarakat melalui program-program yang dijalankan oleh (PERDA).

Turut dibincangkan adalah mengenai struktur pentadbiran PERDA yang terletak di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

 
GALERI GAMBAR