Perkhidmatan Atas Talian

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
Image
Institut Kemahiran Tinggi PERDA atau PERDA Advanced Technical Institute (PERDA-TECH) merupakan sebuah institusi yang menawarkan pelbagai latihan kemahiran kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.

PERDA-TECH terletak di Bukit Panchor, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang dan telah mula beroperasi pada tahun 1989 yang dikenali sebagai sebagai Pusat Latihan PERDA (PLP).
Institut Kemahiran Tinggi PERDA atau PERDA Advanced Technical Institute (PERDA-TECH) merupakan sebuah Institut Pengajian Tinggi Kerajaan (IPTK) yang berdaftar di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia Kod Berdaftar P/IPK/39/A[001] dan sebagai Pusat Bertauliah di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran dengan Kod Pendaftaran K09007. PERDA-TECH telah mula beroperasi sebagai Pusat Latihan PERDA sejak tahun 1987 dengan keluasan seluas 88 ekar.

Pada 16 Disember 2007, Pusat Latihan PERDA telah dinaiktaraf kepada Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) dengan penyusunan semula ke atas kursus dan bidang pengajian yang ditawarkan. Sebagai institut pengajian yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia, PERDA-TECH juga telah diiktiraf sebagai Pusat Bertauliah, Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Pembangunan Sumber Manusia bagi mengeluarkan Sijil Dan Diploma Kemahiran Malaysia menawarkan kursus yang mendapat dari pengiktirafan Malaysian Qualifications Agency (MQA). Selain itu, sebagai nilai tambah kepada graduan program-program di PERDA-TECH juga mendapat pengiktirafan daripada badan profesional seperti CISCO untuk bidang Teknologi Maklumat dan Suruhanjaya Tenaga bagi Kursus Pendawai PW2 untuk Program Sijil Teknologi Elektrik.

PERDA-TECH telah menawarkan sebanyak 7 Program di pringkat Sijil dan 6 Program diperingkat Diploma.
Senarai program di peringkat Sijil ialah :
i)    Sijil Kejuruteraan Elektrik (SKM)
ii)    Sijil Teknologi Kimpalan (SKM)
iii)    Sijil Teknologi Automotif (SKM)
iv)    Sijil Kejuruteraan Sains Pertanian
v)    Sijil Kejuruteraan Mekanikal
vi)    Sijil Senireka Pakain
vii)    Sijil Multimedia Kreatif
Senarai program di peringkat Diploma ialah :
i)    Diploma Kemahiran Malaysia (Kejuruteraan Kimpalan) (DKM)
ii)    Diploma Kemahiran Malaysia (Teknologi Maklumat) (DKM)
iii)    Diploma Kemahiran Malaysia (Teknologi Automotif) (DKM)
iv)    Diploma Teknologi Kejuruteraan Product Design
v)    Diploma Teknologi Kejuruteraan Pemesinan CNC Jitu
vi)    Diploma Filem & Animasi

Selain program di peringkat Sijil dan Diploma PERDA-TECH juga menyediakan 4 program khas untuk
memberi peluang kepada pelajar yang tidak mempunyai kelayakan akademik menyambung pengajian dalam bidang kemahiran. Senarai Program Khas Sukses Asas Kemahiran Teknikal (SAKTI) seperti berikut :

i)    Sijil Kemahiran Khas Fabrikasi Logam (Kimpalan)
ii)    Sijil Kemahiran Khas Mekanik Kenderaan (Automotif)
iii)    Sijil Kemahiran Khas Jahitan & Potongan Baju (Senireka Fesyen)
iv)    Sijil Kemahiran Khas Pendawaian Elektrik   
Selain Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) melalui Unit CoAS ada melaksanakan program upskilling/reskilling jangka pendek dalam bidang kemahiran kepada komuniti dan pekerja industri. Antara kursus –kursus yang disediakan :
1)    Jabatan Kejuruteraan Elektrik
i)    Pendawai Eletrik (Pw2)
ii)    Kursus Teori  Prosidur Switching Voltan Tinggi 33kv
iii)    Kursus Teori Dan Amali Prosidur Switching Voltan Tinggi 11kv

2)    Jabatan Teknologi Maklumat     & Multimedia
            
i)    Cisco It Essential Instructor
ii)    Comptia A+
iii)    Adobe Design Training Course Illustrator
iv)    Asas Fotografi Digital Kreatif

3)    Jabatan Teknologi Kimpalan

i)    Asas Fabriksi Logam
ii)    Gtaw Process Mild Steel Plate 1g
iii)    Gtaw Process Mild Steel Pipe 2"Sch 40 1g
iv)    Smaw Process 6gr
v)    Smaw (Dissimilar Material -Plate Cs/Ss)

4)    Jabatan Teknologi Pembuatan

i)    Asas 3d Prototying
ii)    Asas Solid Modeling (Fusion 360/Creo Parametric)
iii)    Conventional - Milling
iv)    Conventional - Lathe
v)    Asas Cnc Milling (Praktikal)
vi)    Asas Cnc Turning(Praktikal)
vii)    Asas Edm Wire Cut(Praktikal)
viii)    Asas Edm Die Sinking(Praktikal)

5)    Jabatan Kejuruteraan Pertanian

i)    Penanaman Tanaman Secara Fertigasi
ii)    Kursus Asas Pembajakan Jentera Empat Roda Dan Dua Roda

6)    Jabatan  Senireka Fesyen                 

i)    Jahitan Baju Melayu
ii)    Jahitan Kurung Moden
iii)    Jahitan Kebaya Tradisional
iv)    Asas Jahitan Jubah Wanita A-Line
v)    "Kursus Jahitan Pakaian Pengantin (Ball Gown 2 Layer) Soft Net + Horse Hair
*Perlatan asas melakar pola dan alatan menggunting, di bawa sendiri oleh peserta."
7)     Jabatan  Teknologi Automotif     
i)    PENYELENGGARAAN & PENJAGAAN KENDERAAN

Lain-lain Kursus
i)    Kursus Induksi PP-PPD-PPB (JPK)
ii)    Kursus Penanaman Cendawan
iii)    Kursus Kemahiran Pra- Persaraan

Permohonan masuk ke PERDA-TECG dibuka pada bulan Mac setiap tahun dan pendaftaran pelajar ialah pada bulan Julai. Bagi mengetahui lebih lanjut berhubung PERDA-TECH , Sila klik http://www.perda-tech.edu.my/ untuk ke laman web PERDA-TECH.

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.